Skip to main
Logo Malaysiakini

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat MT Bersatu malam ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di ibu pejabat Bersatu, di Petaling Jaya pada pukul 8.25 malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Mesyuarat tersebut dijangka membincangkan isu politik semasa negara.

Antara perkara lain dijangka yang akan dibincangkan termasuk hubungan kerjasama dengan parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN), serta persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum.

Turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri (BPN) Selangor yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (Pahang), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Timbalan Presiden parti tersebut Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Turut hadir Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Mohd Harun, Naib Ketua Srikandi Bersatu Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee serta Ketua Penerangan Parti Wan Saiful Wan Jan.

- Bernama