Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: Jepun isytihar darurat di Tokyo, tiga wilayah

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga pada Khamis mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa, melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19, lapor Agensi Berita Xinhua.

Darurat akan berkuat kuasa bermula Jumaat hingga 7 Februari, dengan beberapa langkah termasuk menggesa orang ramai duduk di rumah dan restoran serta bar berhenti menyajikan alkohol pada 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Waktu operasi gimnasium, pusat beli-belah dan kemudahan hiburan juga akan dipendekkan.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.