Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr Adham: Tiga menteri kabinet positif Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seramai tiga menteri kabinet diuji positif Covid-19, maklum Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada hari ini.

Dia dipetik Bernama berkata semua menteri kabinet telah lakukan ujian calitan.

Tanpa mendedahkan nama menteri yang positif, Dr Adham berkata KKM sedang memberi rawatan kepada mereka di fasiliti sedia ada.

“Semua yang kita uruskan untuk buat saringan Covid-19 telah dilakukan dan kita akan beri rawatan kepada tiga jemaah menteri yang disahkan positif Covid-19,” katanya.

Dr Adham juga ditanya sekiranya menteri kabinet yang negatif perlu menjalani kuarantin.

Jawab menteri kesihatan, KKM akan membuat penilaian risiko terhadap anggota jemaah menteri sebelum mengeluarkan apa-apa arahan.

“Penilaian risiko akan dibuat oleh KKM bagi memastikan sama ada mereka ini perlu kuarantin atau tidak,” katanya.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun disahkan positif wabak itu selepas Menteri di JPM (Ekonomi) Mustapa Mohamed mendapat jangkitan Covid-19 tiga hari lalu.

Sementara itu, Menteri di JPM (TugasTugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof disahkan negatif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan semalam.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.