Skip to main
Logo Malaysiakini

KEMAS KINI 9.20PM | Lokasi jangkitan Covid-19 hari ini (13 Jan)

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Senarai lokasi lalu: 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan | 10 Jan | 11 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Johor

57 kes dikesan di kampung ini, menurut KKM.

Kes dikesan setelah seorang penduduk disahkan positif pada 30 Dis susulan saringan tidak bergejala.

  • Taman Megah, Pontian, Johor

12 kes dikesan menerusi pengesanan kontak rapat melibatkan 183 penduduk, kata KKM.

Kes indeks dikesan pada 9 Jan.

  • Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur

Seramai 16 pekerja sebuah syarikat keselamatan disahkan positif, kata KKM.

Mereka tinggal di Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur dan membentuk kluster Jalan Kasturi.

  • Jalan Thamby Abdullah off Jalan Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur

23 kes dikesan di kalngan pekerja sebuah syarikat keselamatan, kata KKM.

Mereka tinggal di Jalan Thamby Abdullah off Jalan Sambanthan dan membentuk kluster Jalan Thamby.

  • Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, Machang, Kelantan

Seorang yang tinggal di sini disahkan positif pada 1 Jan dan menjadi kes indeks untuk kluster Bukit Bakar.

Setakat ini, kluster ini telah merekodkan 18 kes, kata KKM.

  • Kampung Tengah, Mantin Dalam, Seremban, Negeri Sembilan

20 kes dikesan dalam kluster Kampung Tengah, yang berkaitan dengan satu acara perkahwinan di sini pada 7 Jan.

  • Vista Mutiara 1, Kepong, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di tingkat 9 Blok C disahkan positif hari ini, kata pengurusan.

Dia kini menjalani kuarantin di rumah.

Proses nyah jangkitan telah dilakukan di unitnya, kawasan sekitar, lif dan lobi.

  • Sri Putramas, Jalan Kuching, Kuala Lumpur

Tiga penduduk di Blok D disahkan positif ketika menjalani kuarantin kendiri, kata pengurusan.

Pengurusan menggesa mereka dan orang lain yang menjalani kuarantin untuk memamklumkan kepada pihaknya agar sanitasi boleh dilakukan.

  • Apartmen Nova 2, Segambut, Kuala Lumpur

Seorang penduduk Blok 1 disahkan positif dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Ahli keluarganya telah menjalani ujian dan kini turut kuarantin, kata pengurusan.

Blok 1, 3 dan 5 akan disanitasi hari ini.

  • Kondominium BSP21, Bandar Saujana Putra, Selangor

Lima lagi kes dikesan, melibatkan seorang penduduk di tingkat 11 Blok F dan empat di tingkat 9 Blok H, kata pengurusan.

Penduduk Blok F telah dihantar ke hospital manakala yang lain sedang kuarantin di rumah dan menunggu arahan KKM.

Terdapat 14 kes Covid-19 di kondominium ini setakat ini, dengan enam daripadanya telah sembuh.

Proses nyah jangkitan di Blok F dibuat semalam makanala di Blok H setelah individu itu dibawa ke hospital.

  • Mont Kiara Aman, Kuala Lumpur

Enam pengawal keselamatan di Blok A disahkan positif semalam, kata pengurusan.

Semua pembekal perkhidmatan telah menjalani ujian, dan pasukan sokongan sedang menggantikan mereka sementara keputusan diperolehi.

Pejabat pengurusan akan ditutup sehingga esok bagi membolehkan pekerja disaring.

Ujian swab kedua akan dibuat pada 22 Jun, katanya lagi.

  • Laman Baiduri, Subang Jaya, Selangor

Dua kes dikesan di kondominium ini setakat semalam, menurut notis pengurusan.

Penduduk yang dijangkiti semalam masih menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu arahan KKM selanjutnya.

Dia tidak menggunakan apa-apa kemudahan awam kecuali lif dan tempat letak kereta. Sanitasi telah dibuat.

  • Pangsapuri Suri Puteri, Shah Alam, Selangor

Beberapa lagi penduduk disahkan positif Covid-19, kata pihak pengurusan hari ini, tetapi tidak menyatakan jumlah mereka.

Mereka telah dihantar ke hospital manakala ahli keluarga menjalani kuarantin, katanya.

Sebelum ini tiga penghuni diuji positif menurut dua notis dari pihak pengurusan bertarikh 30 Dis 2020 hingga 4 Jan 2021.

  • Kampung Warisan, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Zon A Melur (M2E) didapati positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis hari ini.

Individu berkenaan tidak menunjukkan gejala dan telah diasingkan.

  • Kondominium Prima Setapak, Setapak, Kuala Lumpur

Tiga individu yang tinggal di tingkat 18 Blok C di kondominium ini diuji positif  Covid-19.

Menurut notis yang dikeluarkan oleh pejabat pengurusan pada 11 Januari, ketiga-tiga mereka dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pihak pengurusan juga telah mengatur agar kerja pembersihan dilakukan di kawasan terjejas termasuk koridor, tangga dan lobi lif di tingkat 18 Blok C, tingkat bawah dan semua lif di blok tersebut.

  • Genting Court Condominium, Setapak, Kuala Lumpur

Pengurusan kondominium ini mengeluarkan notis dua hari lalu (11 Jan), memberitahu penduduk terdapat enam kes positif Covid-19 yang dikesan di kompleks kediaman itu sejak 27 Disember lalu.

Menurut notis berkenaan, kes terbaru dilaporkan pada 7 Jan, 9 Jan dan 11 Jan masing-masing dengan satu kes setiap hari. Tiga kes lain dilaporkan pada 27 Disember 2020 (satu kes) dan 31 Dis 2020 (dua kes).

Semua penghuni disarankan mematuhi SOP untuk mencegah penularan wabak berkenaan.

  • Kondominium Savanna, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Seorang penghuni di tingkat 9 Blok B diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan hari ini.

Semua lif dan kawasan yang tercemar dibersihkan.

  • Neo Damansara, Damansara Perdana, Selangor
Seorang penghuni Blok C1 didapati positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis yang dikeluarkan pada Isnin.

Semua kawasan yang tercemar telah dibersihkan.

  • Parkhill Residence, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Seorang penghuni dari tingkat 8 Blok D diuji positif Covid-19 pada Ahad lalu.

Pihak pengurusan telah membersihkan kawasan di Blok C dan D, gimnasium dan fasiliti yang lain.

  • Verve Suites, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

Seorang penduduk Blok B disahkan positif Covid-19, yang merupakan kes kedua di kompleks ini.

Pesakit itu mempunyai kontak dengan dua ahli keluarga yang positif sebelum ini, kata pihak pengurusan dalam notis yang dikeluarkan hari ini.

Keputusan ujian suaminya belum diketahui dan pasangan itu menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu arahan lanjut dari Kementerian Kesihatan.

Kawasan terjejas akan dibersihkan petang ini manakala lif dibersihkan setiap jam.

  • Simforni Heights, Batu Caves, Selangor
Dua penduduk di tingkat 20, Blok G dan tingkat 12, Blok E masing-masing positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis yang dikeluarkan semalam.

Kawasan yang tercemar di dua blok itu akan dibersihkan.

  • SkyAwani Residences, Sentul, Kuala Lumpur

Tiga penduduk di Blok D dan B disahkan positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis pada 8 Jan.

Semua kawasan yang terjejas telah dibersihkan.

  • Saville @ Melawati, Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur
Tiga penduduk positif Covid-19 pada 5, 8 dan 12 Jan, kata pihak pengurusan.

Pihak pengurusan memberi jaminan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan lebih kerap.

  • Prima Tiara 2, Segambut, Kuala Lumpur

Seorang penghuni tingkat 6 diuji positif Covid-19 pada 11 Jan, kata pihak pengurusan.

Pihak pengurusan telah mengatur kerja-kerja pembasmian kuman di kawasan yang tercemar.

Pelawat tidak dibenarkan masuk ke bangunan ini sehingga diberitahu kelak.

  • Desa Dua, Desa Aman Puri, Kuala Lumpur
Seorang penduduk di Blok B diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan dalam notis yang dikeluarkan pada Ahad lalu.

  • Menara Beverly, Plaza Medan Putra, Kuala Lumpur

Pengurusan kondominium dalam notis kepada penduduk memaklumkan seorang penghuni di Blok B2 diuji positif Covid-19 pada 12 Januari.

Pihak hospital telah menjemput pesakit berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan meminta penghuni tinggal di rumah sementara kerja-kerja pembasmian kuman dijalankan.

  • Pangsapuri Ixora, Kepong, Selangor

Pihak pengurusan dalam pekelilingnya memaklumkan seorang penduduk disahkan positif Covid-19.

Kerja-kerja nyahkuman tersebut telah dilakukan dan pihak pengurusan meminta  penduduk melaporkan sebarang gejala berkaitan virus itu.

  • Winner Court B

Pihak pengurusan memaklumkan seorang penduduk di Tingkat 9, Blok 16 diuji positif Covid-19 pada 11 Januari.

Penghuni berkenaan kini menjalani kuarantin sementara menunggu dihantar ke hospital.

- Pangsapuri Damansara Suria, Taman KIP, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan memaklumkan seorang penduduk di Blok C diuji positif Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ahli keluarga penghuni terbabit juga telah melakukan ujian dan diasingkan.

  • Hijauan Saujana, Shah Alam, Selangor

Seorang lagi penduduk positif Covid-19 pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan tiga kes positif dilapor di sini, kata pihak pengurusan.

Sepasang suami isteri yang tinggal di Tingkat 9 Blok B menjalani ujian Covid-19 di mana suaminya disahkan positif, manakala isterinya negatif.

Pekerja pembersihan diarahkan melakukan kerja sanitasi di semua kawasan yang terjejas.

  • Kawasan perumahan di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling, Kubang Pasu dan Yan, Kedah

Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan senarai kawasan perumahan yang merekodkan kes Covid-19 pada 11 Januari, mengikut daerah.

Kota Setar:

Taman Tunku Yaakob (1 kes), Taman Pelangi (1) dan Taman Nuri (1).

Kuala Muda:

Bandar Utama 3 (1 case), Ketil (1), Taman Bandar Bharu (3), Taman Semarak (1), Prima Residensi Utama (2), Bandar Perdana (1), Bandar Seri Astana (1), Taman Songket (1) ), Kampung Simpor Besar (1), Taman Kempas (1) dan Taman Permaipura (1).

Kulim:

Kampung Padang Katong (1 kes), Taman Damai (2) dan Taman Cekur Manis (1).

Baling:

Kampung Lanai (3 kes), Kampung dan Tiak (1).

Kubang Pasu:

Taman Muhibbah (1 kes) dan Taman Bersatu (1).

Sik:

Kampung Masjid (1 kes).

Yan:

Kampung Sedaka (1 kes).

  • Kawasan perumahan di Kulai, Johor

Beberapa kawasan perumahan di sini mencatatkan kes Covid-19 semalam, kata Pejabat Kesihatan Kulai.

Di daerah Senai, Jalan Merbuk, Taman Saga, Taman Makmur, Taman Jati dan Kampung Sri Maju masing-masing mencatatkan satu kes, manakala Taman Desa, Taman Desa Idaman dan Taman Handal masing-masing mencatatkan dua kes.

Di daerah Kulai, Jalan Melati dan Taman Saleng masing-masing mencatatkan satu kes, Taman Teknologi dan Jalan Matahri masing-masing mencatatkan dua kes manakala

Taman Saleng Batu mencatatkan tiga kes hari ini.

  • Kawasan perumahan di Kuantan

Jabatan Kesihatan Pahang mengeluarkan senarai beberapa kawasan perumahan yang mencatatkan kes Covid-19 hari ini.

Ia meliputi Indrapura Jaya (1 kes), Jalan Indera Mahkota 2 (1 kes) dan Jalan Indera Mahkota 4 (1 kes).

Untuk senarai penuh, lihat di sini.


PERNIAGAAN

  • Thai Boy Street Food, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur

Tiga pekerja dapur dan seorang pekerja perkhidmatan disahkan positif, menurut restoran.

Ia selepas seorang pengurus positif pada 19 Jan.

Empat pekerja yang disahkan positif hari ini kini menjalani kuarantin kendiri dan menunggu arahan KKM.

seorang lagi yang negatif turut menjalani kuarantin 14 hari dan akan menjalani ujian kedua pada hari kesepuluh.

  • Mydin Sungai Petani, Taman Batik, Kedah

Pasar raya ditutup hari ini untuk proses nyah jangkitan, menurut notis di premis.

Ketika dihubungi, Mydin berkata proses itu sambil menunggu keputusan ujian terhadap pekerja, dan setakat ini belum ada yang positif.

Bagaimanapun, KKM hari ini mengumumkan kluster baru melibatkan sebuah pasar raya di Taman Batik, Sungai Petani.

KKM berkata sembilan kes telah dikenal pasti dan jangkitan berlaku dalam sebuah pasar raya di sini, bermula dengan seorang individu tak bergejala pada 10 Jan.

Myidn satu-satunya pasar raya besar di jalan ini.

  • Pasar raya Giant

Beberapa kakitangan diuji positif Covid-19 hari ini.

Pasar raya ini ditutup selama 24 jam untuk kerja-kerja pembersihan, katanya.


  • The Body Shop, Gurney Plaza, Pulau Pinang

Syarikat ini dalam notis pada 11 Januari memaklumkan seorang kakitangan didapati positif Covid-19. Kakitangan itu kali terakhir datang bekerja pada 3 Jan.

Berikutan itu, outlet berkenaan ditutup sementara untuk kerja pembersihan manakala kakitangan lain dihantar menjalani ujian calitan dan menjalani kuarantin kendiri. Ia kini beroperasi dengan pasukan kakitangan yang baru.

  • Village Grocer Mont Kiara, Kuala Lumpur

Syarikat ini mengeluarkan notis semalam, memaklumkan penutupannya bagi membolehkan kakitangan yang negatif Covid-19 menjalani kuarantin selama 10 hari.

Bagaimanapun, notis itu tidak menyatakan jika mereka telah mengesan kes positif baru.

Pada 7 Januari, premis tersebut melaporkan salah seorang kakitangannya dari bahagian roti disahkan positif virus tersebut. Pekerja itu kali terakhir datang bertugas pada 2 Januari lalu.

  • Restoran Calia, pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan restoran dalam notis pagi ini memaklumkan salah seorang pekerjanya didapati positif Covid-19.

Semua kakitangan telah menjalani ujian calitan dan restoran itu ditutup buat sementara waktu.

Kerja-kerja pembasmian kuman juga telah dilakukan di premis tersebut.


PEJABAT

  • Menara Mutiara Bangsar, Bangsar, Kuala Lumpur

Pengurusan pejabat ini mengeluarkan notis kepada penyewa dan pemilik semalam mengenai kes positif Covid-19, yang melibatkan kakitangan yang bertugas di tingkat 7.

Berikutan itu, kerja-kerja pembasmian kuman telah dijalankan di kawasan yang tercemar.

Semua pekerja pejabat di menara itu juga dinasihatkan melakukan kerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga.


KAWASAN KILANG DAN INDUSTRI

  • Taman Industri Rawang Integrated, Selangor

Sebanyak 119 kes dikesan di asrama pekerja sebuah kilang di sini, menurut KKM hari ini.

Kes-kes ini membentuk kluster Taman Integrasi.

  • Jalan Ijok 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam, Selangor

Sejumlah 99 kes dikesan di kilang yang terletak di jalan ini, menurut KKM.

Kilang tersebut menjalani ujian saringan terhadap pekerjanya bermula 10 Jan.

Kes-kes ini membentuk kluster Ijuk.

  • Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor

Sejumlah 122 kes dikesan di sebuah kilang di jalan ini, menurut KKM.

Kes-kes ini membentuk kluster Jalan Rami.

Kes pertama dikesan melibatkan seorang pekerja asing yang disaring pada 9 Jan, sebelum pulang ke negara asal.

KKM tidak menamakan kilang ini.

  • Taman Perindustrian Murni, Senai, Johor

Menurut Pejabat Kesihatan Kulai, 25 kes Covid-19 dikesan di sini semalam.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Angkasapuri, Kuala Lumpur

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin merakam ucapannya pada 7 Jan di sini.

Dia disahkan positif hari ini.

Dalam gambar yang disiarkan di Facebooknya, dia dilihat tidak memakai pelitup muka ketika sesi rakaman dan sesi bergambar, tetapi pelajar yang menyertai acara itu memakai pelitup muka.


KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Pusat Hemodialisis Sinar, Jalan Malim, Melaka

13 kes dikesan di pusat dialisis ini selepas ujian saringan terhadap seorang individu tidak bergejala pada 8 Jan, kata KKM.

KKM tidak menamakan pusat dialisis ini tetapi ia satu-satunya yang terletak di Jalan Malim.


KELAB SUKAN DAN REKREASI

  • Royal Lake Club, Kuala Lumpur

Seorang pekerja bahagian makanan dan minumian di Poolside Terrace positif pada 13 Jan.

Dia bekerja pada jam 10 pagi hingga 7 malam, pada 7 hingga 9 Jan.

Poolside Terrace telah disanitasi dan kelab kini ditutup susulan PKP.