Skip to main
Logo Malaysiakini

Pendakwaan gagal lucutkan RM37 juta berkaitan PKFZ

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pihak pendakwaan gagal melucutkan lebih RM37 juta daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd dan lapan yang lain berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang pernah menjadi kontroversi.

Mahkamah Persekutuan pagi ini menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini berhubung perkara itu.

Selain Kuala Dimensi yang merupakan kontraktor utama projek PKFZ, pihak pendakwaan juga menamakan Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, Transshipment Megahub Berhad, Coastal Skyline Sdn Bhd, Wijaya Baru Aviation Sdn Bhd, Wijaya Baru Sdn Bhd, Wijaya Baru Construction Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai responden.

Kerajaan sebelum ini membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Nov 2011, untuk menolak permohonan (kerajaan) bagi menyita harta tanah bernilai lebih daripada RM37 juta yang dimiliki oleh dua individu dan tujuh syarikat yang menguruskan projek PKFZ.

Hartanah berkenaan yang berjumlah lebih daripada RM32 juta dan enam cek bank bernilai RM5.491 juta disita antara November 2009 dan Mei 2010.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerajaan gagal megemukakan bukti bahawa harta tanah itu diperoleh akibat, atau berkaitan dengan, kesalahan di bawah Akta Anti Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Anti Keganasan 2001.

Ia juga memerintahkan penghapusan pembekuan harta tanah dan aset tersebut dikembalikan kepada responden.

Pada 15 Disember 2011, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan kerajaan untuk perintah penangguhan.

[Baca berita penuh]