Skip to main
Logo Malaysiakini

Pensyarah rugi RM13,000 diperdaya Macau scam

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang pensyarah perubatan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendakwa kerugian RM13,000 selepas dikatakan diperdaya sindiket Macau Scam supaya mendedahkan maklumat peribadinya menggunakan aplikasi telefon pintar, semalam.

Dalam kejadian pada jam 11.45 pagi ketika mangsa berusia 30 tahun berada di tempat kerjanya di sini, beliau menerima panggilan telefon daripada individu menyamar daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata mangsa dikatakan mempunyai tunggakan cukai sebelum panggilan disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Beliau berkata mangsa juga dikatakan terbabit dengan kes penggubahan wang haram dan diarahkan untuk memuat turun aplikasi MyBNM untuk tujuan siasatan.

"Setelah memuat turun aplikasi itu dan memasukkan data peribadi serta butiran akaun, mangsa mendapati wang dalam akaun telah tiada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, semalam.

Orang ramai dinasihati agar tidak memuat turun aplikasi berkenaan kerana dipercayai modus operandi baharu itu digunakan oleh pihak ‘scammer’ untuk menipu mangsa, katanya

- Bernama