Pilihan raya parlimen Bulgaria ditetapkan 4 April
GLOBAL l Presiden Bulgaria Rumen Radev pada Khamis mengumumkan pilihan raya parlimen akan diadakan 4 April, lapor Agensi Anadolu.
Dalam ucapannya Radev berkata sudah menandatangani dekri mengenai tarikh pilihan raya itu.
"Sejak tahun lalu rakyat Bulgaria menuntut perubahan untuk mengembalikan semula demokrasi di negara ini secepat mungkin," katanya mengulas mengenai protes yang melanda negara itu.
"Saya mendukung tuntutan ini," tambah beliau.
Radev dilaporkan menentang keras pemerintahan diterajui Perdana Menteri Boyko Borisov dan menyifatkan negara kini berada dalam krisis, pembaharuan perlu dilakukan ke arah pemodenan serta mewujudkan parlimen dan pemerintahan yang dihormati semua rakyat.
Justeru, Radev berkata penting untuk memastikan peraturan pilihan raya yang benar-benar berkesan termasuk pengundian mengundi secara dalam talian, pos dan peti undi mudah alih untuk mereka yang menjalani kuarantin.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai