Skip to main
Logo Malaysiakini

Kemas kini 6pm| Lokasi jangkitan Covid-19 (20 Jan)

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Senarai lokasi lalu: 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan | 10 Jan | 11 Jan | 13 Jan | 14 Jan | 16 Jan | 17 Jan | 18 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PEJABAT

  • Pejabat Prasarana Malaysia Berhad, Bangsar, Kuala Lumpur

Pengerusi Prasarana dan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman telah masuk ke pejabat pada 18 Jan bagi menghadiri mesyuarat. Pada 20 Jan, Tajuddin mengumumkan dia positif Covid-19.

Jurucakap Prasarana memberitahu Malaysiakini pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan Tajuddin akan menjalani ujian swab.

Pekerja lain akan dikuarantin di rumah hingga 29 Jan.


KEDIAMAN

  • Berbagai kawasan perumahan di Kedah

Jabatan Kesihatan Kedah mengeluarkan senarai kawasan perumahan yang dilaporkan terdapat kes Covid-19 pada Isnin, termasuklah:

  1. Kampung Masjid Lama, Alor Setar
  2. Taman Permaipura, Bedong
  3. Taman Tengku Maheran, Kubang Pasu
  4. Taman Wawasan, Baling
  5. Taman Damai, Kulim
  6. Taman Sri Mas, Pendang
  7. Felda Teloi Timur, Sik

Untuk senarai penuh, klik di pautan ini.

  •  Pelbagai kawasan perumahan, perindustrian di Kulai, Johor

Pejabat Kesihatan Daerah Kulai mengeluarkan senarai lokasi kes Covid-19 dikesan semalam, termasuklah:

  1. Taman Putri, Kulai (5 kes)
  2. Kampung Sri Paya, Bukit Batu (3 kes)
  3. Taman Gembira, Sedenak (4 kes)
  4. Taman Sri Senai, Senai (7 kes).

  • Boulevard Subang Jaya Condominium, Subang Jaya, Selangor

Pihak pengurusan melalui pemberitahuan kepada penduduk yang dilihat oleh Malaysiakini, berkata seorang penduduk dari Menara 2 telah diuji positif Covid-19 pada 20 Januari.

Ini kes kedua di kondominium berkenaan. Pembasmian kuman dan pembersihan dilakukan di semua kawasan umum.

Pihak pengurusan juga berkata pesakit pertama dari kondominium itu telah dikeluarkan dari hospital oleh Kementerian Kesihatan.


PERNIAGAAN

  • Bank Islam Menara TM, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi, Selangor

Cawangan bank itu Menara TM dan Bangi ditutup sehingga diberitahu kelak untuk pembersihan.

Seorang kakitangan di Menara TM diuji positif Covid-19, kata bank itu pada notis di laman Facebooknya.

Bagaimanapun, bank tersebut tidak menyatakan mengapa cawangan Bangi ditutup untuk pembersihan juga.

  • Eco Shop, Pasir Mas, Kelantan

Pihak pengurusan melalui notis di Facebook berkata seorang kakitangannya di cawangan Pasir Mas diuji positif Covid-19 pada 17 Januari.

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan dan cawangan akan ditutup sehingga pemberitahuan lebih lanjut untuk pembasmian kuman.

  • Jaya Grocer, Damansara Perdana, Selangor

Pada notis di Facebook, pihak pengurusan berkata seorang pekerja di cawangan ini diuji positif Covid-19 pada 19 Januari.

Kakitangan itu kali terakhir bekerja pada 17 Januari dan sejak itu dikuarantin. Kontak rapat juga dikuarantin. Semua pekerja lain di cawangan itu telah diuji negatif.

Pasaraya itu menjalani pembersihan dan basmi kuman pada 19 Januari dan beroperasi semula hari ini.

  • Village Grocer, Mid Valley Southkey Mall, Johor Bahru

Seorang kakitangan dari bahagian barangan segar didapati positif Covid-19 pada 19 Jan, kata pihak pengurusan dalam notis Facebook hari ini.

Pekerja itu kali terakhir datang bekerja pada 14 Januari dan mereka yang dikenal pasti sebagai kontak rapat akan menjalani ujian swab dan kuarantin rumah.

Pasaraya itu menjalani pembersihan pada 19 Januari.

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.