Skip to main
Logo Malaysiakini

PKPD di blok tahanan imigresen Pekan Nenas

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 5 Feb ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan hasil saringan COVID-19 di tempat berkenaan yang mendapati 177 daripada 360 saringan dikesan positif sehingga semalam.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan masuk tahanan dari luar serta mengelakkan penularan jangkitan kepada staf, keluarga serta komuniti luar,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

-Bernama