Skip to main
Logo Malaysiakini

3,631 kes, rekod 18 korban, 251 pesakit di ICU

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,631 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, katanya terdapat 18 kematian direkod hari ini. Ia angka korban harian tertinggi setakat ini.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan kes dari Selangor, tiga kes dari Sabah, dua kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes dari Sarawak dan masing-masing satu kes dari Johor dan Pulau Pinang.

"Kes kematian pada hari ini melibatkan 17 kes warganegara dan satu kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai 251 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan 102 pesakit memerlukan bantuan pernasafan.

Selangor mencatatkan kes harian baru tertinggi dengan 782 kes, diikuti Johor 466 kes dan Sabah 453 kes,

Kuala Lumpur pula merekodkan 435 kes, Sarawak (229 kes), Pulau Pinang (202 kes), Negeri Sembilan (197 kes), Terengganu (178 kes), Kedah (166 kes), Kelantan (161 kes), Perak (138 kes), Melaka (62 kes), Pahang (61 kes), Putrajaya (39 kes), Labuan (29 kes) dan Perlis 13 kes.

Dr Noor Hisham memaklumkan tujuh kluster dikesan berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dua kluster melibatkan kumpulan berisiko serta satu kluster tahanan.

Kluster tempat kerja melibatkan Kluster Jalan Indah Gemilang, Kluster Jalan Perwira dan Kluster Selasih Perindu di Johor, Kluster Jalan Sungai Chandong (Selangor), Kluster Jalan Kinabenua (Labuan), Kluster Ladang Desa Jerocco (Sabah) dan Kluster Kampung Paya Siput (Pahang).

Selain itu, Kluster Serkam Tengah (Melaka) dan Kluster Tanjung Lumpur (Pahang) membabitkan kluster komuniti, manakala Kluster Putra Tujuh (Putrajaya dan Selangor) dan Kluster Jalan Skudai (Johor) membabitkan kluster kumpulan berisiko serta Kluster Tembok Renggam (Johor) ialah kluster tahanan.



Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.