Skip to main
Logo Malaysiakini

KEMAS KINI 10.50PM | Lokasi jangkitan Covid-19 (23 Jan)

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Senarai lokasi lalu: 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan | 9 Jan | 10 Jan | 11 Jan | 13 Jan | 14 Jan | 16 Jan | 17 Jan | 18 Jan | 20 Jan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • Maybank Bandar Baru cawangan Ampang, Selangor

Seorang kakitangan di cawangan tersebut positif Covid-19 semalam dan datang bekerja sehari sebelumnya, menurut notis yang dikeluarkan oleh bank.

Jejak kontak rapat sedang dilakukan, dan semua kakitangn lain yang mempunyai kontak rapat dikuarantin.

Cawangan itu - yang telah dibersihkan - akan ditutup buat sementara waktu.

  • Mid Valley Southkey Mall, Johor Bahru, Johor

Pusat beli-belah ini akan ditutup sementara bermula hari ini. Dalam tempoh itu, kerja pembersihan dan nyahkuman akan dijalankan.

Terdahulu, terdapat kes positif melibatkan pekerja kedai buku Popular dan Village Grocer di pusat ini.


PREMIS PENDIDIKAN

  • SMK Tulid, Keningau, Sabah

Seorang guru disahkan positif semalam, menurut NST.

Susulan itu, 48 pelajar yang menjadi kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin.

  • Kolej Tun Fatimah Tingkatan Enam, Kota Melaka, Melaka

Sekolah itu diarahkan ditutup selama seminggu bermula semalam setelah seorang guru diuji positif untuk Covid-19, lapor Bernama.

Exco pendidikan negeri, Noor Effandi Ahmad mengatakan, pengesanan kontak rapat sedang dilakukan.

"Ini adalah kes terpencil, jadi ibu bapa tidak perlu risau kerana tindakan segera sudah diambil," katanya.

- SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu

Sekolah itu diperintahkan ditutup selama 14 hari bermula semalam setelah lapan kes Covid-19 dikesan di sana, lapor Bernama.

  • SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu

Sekolah diarahkan tutup selama dua minggu bermula semalam setelah lapan kes positif dikesan, menurut Bernama.


KEDIAMAN

  • Platinum PV13, Setapak, Kuala Lumpur

Pengurusan melaporkan yang 11 pengawal keselamatan dijangkiti Covid-19, menurut Sin Chew.

Kerja pembersihan telah dibuat.

  • Kondominium Setapak Ria, Setapak, Kuala Lumpur

Pengurusan memaklumkan seorang penduduk di Aras 11, Blok C disahkan positif.

Ini merupakan kes kelima di sini. Semua kawasan terlibat telah dibersihkan.

  • Maisson Residence, Ara Damansara, Selangor

Pengurusan dalam satu notis kepada penduduk bertarikh 23 Jan memaklumkan seorang penduduk di Aras 6 Blok 1 disahkan positif.

Individu itu tidak pergi ke kawasan kolam renang atau gimnasium pada minggu lalu, katanya.

Kerja pembersihan dan nyahkuman di semua kawasan yang mungkin tercemar dan kawasan awam telah diaturkan.

  • Residensi Sentulmas, Sentul, Kuala Lumpur

Pengurusan dalam notis kepada penduduk memaklumkan seorang penduduk disahkan positif hari ini.

Ia menasihati penduduk agar tidak menggunakan kemudahan awam dan menjamin proses pembersihan dan sanitasi telah ditingkatkan.


PEJABAT

  • Dataran Prima, Petaling Jaya, Selangor

Pengurusan dalam notis kepada penyewa berkata seorang pekerja sebuah pejabat di Blok F2 disahkan positif semalam.

Semua kawasan awam dan aras yang terlibat telah dibersihkan.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Ibu pejabat polis daerah (IPD) Taiping, Perak

Seorang perempuan yang ditangkap dan dibawa ke sini pada 17 Jan lalu disahkan positif.

Seramai lapan anggota polis kini menjalani kuarantin. Semua tahanan yang berkongsi sel lokap dengan wanita itu telah menjalani ujian swab.


KEMUDAHAN PERUBATAN

  • Poliklinik Permai, Kota Belud, Sabah

Pejabat Kesihatan Kota Belut telah menghantar pesanan meminta sesiapa yang ke klinik ini antara 11 hingga 16 Jan untuk menjalani ujian saringan pada Isnin ini.


LAIN-LAIN

- Pelbagai lokasi di Kuching, Samarahan, Sibu, Sarikei, Miri dan Bintulu

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak semalam menambah lebih daripada 40 lokasi di mana mereka yang dijangkiti Covid-19 telah berkunjung dalam 14 hari terakhir, dan waktu mereka berkunjung.

Senarai boleh dilihat di bawah: