Skip to main
Logo Malaysiakini

3,346 kes baru, rekod baru 4,427 pesakit sembuh

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 3,346 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Jumlah kes sembuh bagi tempoh sama pula adalah seramai 4,427 kes.

Ia mengatasi jumlah semalam dan maka merupakan rekod baru kes sembuh yang dilaporkan setakat ini.

Ini bermakna jumlah kes aktif menurun buat hari kedua berturut-turut selepas menyaksikan peningkatan selama 14 hari. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.

Daripada 3,346 kes baru, hanya tujuh merupakan kes import.

Daripada kes tempatan pula, sebahagian besar melibatkan warga tempatan iaitu sebanyak 2,602 kes (77.9 peratus). Kes melibatkan warga asing pula sebanyak 737 kes (22.1 peratus).

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi, iaitu 950 kes (28.4 peratus), diikuti Sabah dengan 431 kes (12.9 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 390 kes (11.7 peratus).

Hanya 7.2 peratus kes baru hari ini, iaitu 242 kes, berkaitan dengan kluster di penjara, lokap dan depot tahanan.

Berikut maklumat utama wabak Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:

Kes aktif: 41, 677 ↓ (kurang 1,092 berbanding semalam)

Pesakit dalam ICU: 265 ↑ (lebih 5 berbanding semalam)

Pesakit dengan bantuan pernafasan: 102 ↑ (kurang 1 berbanding semalam)

Korban: 11 ↑ (lebih 4 berbanding semalam)

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 950 kes

  • 323 kes daripada kluster, termasuk 83 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Sebelas
  • 482 kes daripada saringan kontak rapat
  • 1 kes import dari luar negara
  • 144 kes daripada lain-lain saringan

Sabah: 431 kes

  • 63 kes daripada kluster, termasuk 23 kes daripada kluster iaitu Kluster Jalan Segama dan Kluster Ladang Segama
  • 298 kes daripada saringan kontak rapat
  • 70 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 390 kes

  • 77 kes daripada kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Sri Petaling
  • 158 kes daripada saringan kontak rapat
  • 3 kes import dari luar negara
  • 152 kes daripada lain-lain saringan

Johor: 378 kes

  • 88 kes daripada kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Jalan Tengar
  • 171 kes daripada saringan kontak rapat
  • 3 kes import dari luar negara
  • 116 kes daripada lain-lain saringan

Sarawak: 255 kes

  • 168 kes daripada kluster sedia ada
  • 87 kes daripada lain-lain saringan

Terengganu: 179 kes

  • 52 kes daripada kluster sedia ada
  • 89 kes daripada saringan kontak rapat
  • 38 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 160 kes

  • 62 kes daripada kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Emas
  • 46 kes daripada saringan kontak
  • 52 kes daripada lain-lain saringan

Melaka: 152 kes

  • 95 kes daripada kluster sedia ada
  • 39 kes daripada saringan kontak rapat
  • 18 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 90 kes

  • 14 kes daripada kluster sedia ada
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat
  • 50 kes daripada lain-lain saringan

Kedah: 85 kes

  • 15 kes daripada kluster sedia ada
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat
  • 42 kes daripada lain-lain saringan

Kelantan: 77 kes

  • 4 kes daripada kluster sedia ada;
  • 49 kes daripada saringan kontak rapat
  • 24 kes daripada lain-lain saringan

Pahang: 63 kes

  • 15 kes daripada kluster sedia ada
  • 34 kes daripada saringan kontak rapat
  • 14 kes daripada lain-lain saringan

Labuan: 49 kes

  • 19 kes daripada kluster sedia ada
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat
  • 8 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 46 kes

  • 10 kes daripada kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tembok Taiping
  • 17 kes daripada saringan kontak rapat
  • 19 kes daripada lain-lain saringan

Putrajaya: 38 kes

  • 17 kes daripada kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Flora
  • 13 kes daripada saringan kontak rapat
  • 8 kes daripada lain-lain saringan

Perlis: 3 kes

  • 2 kes daripada saringan kontak rapat
  • 1 kes daripada lain-lain saringan 

Maklumat korban:

Kes 115,262 - Lelaki, 60 tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.

Kes 147,822 - Lelaki, 83 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Kes 171,999 - Lelaki, 91 tahun, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.

Kes 172,507 - Lelaki, 60 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Kes 175,859 - Lelaki, 34 tahun, meninggal dunia di Hospital Melaka.

Kes 177,586 - Perempuan, 61 tahun, meninggal dunia di pusat perubatan swasta di Selangor.

Kes 179,046 - Lelaki, 85 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Kes 179,047 - Lelaki, 65 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

Kes 179,682 - Perempuan, 54 tahun, jenazah dibawa ke Hospital Sibu, Sarawak.

Kes 179,708 - Perempuan, 36 tahun, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.

Kes 156,800 - Lelaki, 68 tahun, jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.

11 kluster baru

KKM memaklumkan terdapat sembilan lagi kluster baru - lapan berkaitan tempat kerja dan satu pusat tahanan - yang dikenal pasti hari ini, dengan 348 kluster yang aktif setakat ini.

Berikut adalah perincian kluster baru hari ini:

Kluster Jalan Sebelas

  • Daerah: Hulu Langat, Selangor
  • Lokaliti: Jalan KPB 11A, Balakong
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 24 Jan
  • Jumlah kes: 83 daripada 715 yang disaring

Kluster Bukit Emas

  • Daerah: Seremban, Rembau dan Jempol, Negeri Sembilan
  • Lokaliti: Bukit Emas, Seremban
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 16 Jan
  • Jumlah kes: 46 daripada 448 yang disaring

Kluster Tapak bina Sri Petaling

  • Daerah: Lembah Pantai, Kuala Lumpur
  • Lokaliti: Sri Petaling, Lembah Pantai
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 24 Jan
  • Jumlah kes: 44 daripada 261 yang disaring

Kluster Tembok Taiping

  • Daerah: Larut, Matang dan Selama, Perak
  • Lokaliti: Pusat tahanan Taiping, Perak
  • Kategori: Pusat tahanan
  • Kes pertama: 18 Jan
  • Jumlah kes: 42 daripada 77 yang disaring

Kluster Ladang Segama

  • Daerah: Lahad Datu, Sabah
  • Lokaliti: Mukim Segama, Lahad Datu
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 17 Jan
  • Jumlah kes: 22 daripada 80 yang disaring

Kluster Keluli Tujuh

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti: Kawasan perindustrian Pasir Gudang
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 24 Jan
  • Jumlah kes: 21 daripada 91 yang disaring

Kluster Jalan Segama

  • Daerah: Lahad Datu, Sabah
  • Lokaliti: Jalan Segama, Lahad Datu
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 20 Jan
  • Jumlah kes: 20 daripada 40 disaring

Kluster Tapak Bina Flora

  • Daerah: Putrajaya
  • Lokaliti: Presint 11, Putrajaya
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 24 Jan
  • Jumlah kes: 13 daripada 58 yang disaring

Kluster Jalan Tengar

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti: Jalan Tengar, Pasir Gudang
  • Kategori: Pusat tahanan
  • Kes pertama: 24 Jan
  • Jumlah kes: 8 daripada 95 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.