Skip to main
Logo Malaysiakini

KEMAS KINI 10.55pm | Senarai lokasi jangkitan Covid-19 hari ini (25 Jan)

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Kondominium Kenanga Point, Jalan Gelugor, Kuala Lumpur

Pihak pengurusan memaklumkan dalam notisnya yang dilihat oleh Malaysiakini, bahawa seorang penghuni dari Blok A Tingkat 8 didapati positif Covid-19.

Penghuni berkenaan telah dibawa ke hospital pada 22 Januari, katanya.

Pihak pengurusan beri jaminan langkah segera telah diambil untuk kerja-kerja nyahkuman di kawasan yang tercemar.

  • The Troika, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur

Dalam notis yang dilihat Malaysiakini, pihak pengurusan memaklumkan kepada penduduk bahawa kakitangan di pejabat pengurusan tersebut diuji positif Covid-19 pada 20 Januari.

Sehubungan dengan itu, pejabat pengurusan ini akan ditutup mulai 22 Januari dan beroperasi semula pada 25 Januari.

Tingkat dan semua kawasan yang terjejas telah dibersihkan.


PERNIAGAAN

  • De Luxe Circle Fresh Mart, Taman Tan Sri Yaacob, Johor Bahru, Johor

Pengurusan pasar mini ini dalam satu notis di Facebook memaklumkan seorang kakitangan dari syarikat yang sama diuji positif Covid-19.

Kakitangan berkenaan tidak mempunyai kontak rapat dengan pekerja di De Luxe Circle Fresh Mart, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, pasar mini ini ditutup pada 23 Januari untuk proses sanitasi dan dibuka semula semalam.

  • Manjaku Baby Mall Sri Gombak, Batu Caves, Selangor

Pihak pengurusan memaklumkan di Facebook bahawa enam kakitangan dari cawangan mereka di Sri Gombak positif Covid-19 dari kontak rapat di luar pusat jualan berkenaan.

Kakitangan tersebut kali terakhir dilaporkan bertugas pada 22 Januari, manakala kontak rapat juga dikuarantin.

Kedai akan ditutup buat sementara waktu mulai 24 Jan untuk kerja-kerja pembersihan.

𝗢𝗳𝗳𝗶𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 - 𝗠𝗮𝗻𝗷𝗮𝗸𝘂 𝗕𝗮𝗯𝘆 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲 (𝗦𝗿𝗶 𝗚𝗼𝗺𝗯𝗮𝗸) 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 Dear Valued Customers, On 24 January 2021, six of our...

Posted by Manjaku Baby Mall on Sunday, 24 January 2021


  • Ikea Cheras, KL

Ikea Cheras memaklumkan kes positif Covid-19 melibatkan pengawal keselamatannya.

"Hari terakhir mereka bertugas adalah pada 23 Jan 2021. Semua pengawal keselamatan kini menjalani kuarantin sehingga dimaklumkan oleh pihak berkuasa," katanya notis yang dikeluarkan.

Menurut notis berkenaan, gedung perabot itu ditutup pada hari ini bagi kerja-kerja sanitasi dan pengesanan kontak.

Kakitangan yang merupakan kontak rapat menjalani kuarantin di rumah dan melakukan ujian swab Covid-19.


PEJABAT

  • KWSP, Jalan Raja Laut, KL

Bangunan KWSP di Raja Laut ditutup sehingga diberitahu kelak.

Pihak KWSP memaklumkan bangunan itu ditutup mulai hari ini (25 Jan) atas arahan Kementerian Kesihatan.

Sehubungan dengan itu semua temu janji dibatalkan.


PASAR

  • Pasar Borong Pandan, Johor Bahru, Johor

Pasar Borong Pandan ditutup untuk kerja-kerja sanitasi hingga 31 Jan, setelah beberapa kes Covid-19 dikesan di pasar ini.

Peniaga diberitahu mengenai kes-kes tersebut melalui notis yang dilihat oleh Malaysiakini pada 23 Januari lalu. Penutupan itu diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Johor semalam.

Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Johor Bahru, Tai Wah Sun berkata, pemilik, penjual ikan dan penjual sayur, termasuk pekerja dan pemandu lori di pasar borong Pandan telah menjalani pemeriksaan kesihatan, lapor Bernama.

[Senarai terkini akan dikemas kini]