Skip to main
Logo Malaysiakini

3,048 kes baru, harap keadaan stabil dua minggu lagi - KKM

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan berharap jumlah kes Covid-19 baru yang dilaporkan akan "stabil" dua minggu lagi, di tengah-tengah jumlah kes baru yang mencapai titik terendah dalam 11 hari.

Hari ini, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 3,048 kes baru.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar kebolehjangkitan R0 1.06, turun daripada paras tertinggi 1.2 sebelum ini.

"Jadi kalau lihat jangkaan kes kita, hari ni 3,000 kes nampak 3048 kes.

"Kurang daripada semalam. Harap dalam dua minggu PKP dari 13 Jan, mungkin dalam masa 14 hari, harap dapat capai kestabilan kes-kes harian.

"Kalau boleh elakkan peningkatan .Kalau boleh 3,000 sekarang R-naught (kadar kebolehjangkitan) pun kurang sikit pada 1.06 daripada 1.2.

"Esok mungkin boleh kurang daripada 1.06. Kalau boleh kurang daripada 1.

"Harap dalam dua minggu, dapat elakkan lonjakan tetapi stabil," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu,  Dr Noor Hisham memaklumkan KKM berdukacita atas 11 kematian yang direkodkan hari ini.

Jelasnya lagi, 261 kes sedang dirawat di ICU dan 101 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes (34.0 peratus).

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 529 kes (17.4 peratus), dan Sabah sebanyak 348 kes (11.4 peratus)," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, 13 kluster baru dikesan hari ini, melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster melibatkan kumpulan berisiko.

Katanya, dari jumlah keseluruhan lapan kluster baru berkaitan tempat kerja, tiga dikesan di Selangor, dua di Johor dan masing-masing satu di Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Bagi kluster komuniti pula, katanya satu kluster dikenal pasti di Johor dan dua kluster lagi di Pahang, manakala bagi kluster kumpulan berisiko masing-masing satu kluster dikesan di Melaka dan Kelantan.  

Perincian 3,048 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 1,035 kes

  • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Sri Muda, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Sungai Chemubong;
  • 607 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes import dari luar negara;
  • 309 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 529 kes

  • 194 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Indah, Kluster Kampung Muhibbah, dan Kluster Jalan Firma Tiga;
  • 212 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 123 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 348 kes

  • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Industri Apas;
  • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 75 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 305 kes
  • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Kerinchi;
  • 100 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • 169 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 120 kes

  • 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 110 kes

  • 50 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 103 kes

  • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara;
  • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 95 kes

  • 58 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Palah;
  • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 10 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 90 kes

  • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Palah;
  • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 89 kes

  • 19 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Pahi;
  • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 79 kes

  • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Tualang;
  • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 74 kes

  • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 46 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Taman Bahagia dan Kluster Kampung Bukit Lada;
  • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 15 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 22 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis : Tiga (3) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) daripada lain-lain saringan Covid-19.

[Baca laporan asal]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.