Skip to main
Logo Malaysiakini

3,585 kes: 11 korban, 111 pesakit perlu bantuan pernafasan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,585 kes baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di Malaysia sebanyak 190,434 kes, maklum KKM.

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 40,574 kes.

Katanya, seramai 280 pesakit dirawat di ICU dengan 111 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, 11 kematian direkod menjadikan jumlah korban terkumpul seramai 700 kes.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiga kes dari Sarawak, dan masing-masing satu kes dari Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

"Sebanyak 10 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya pada kenyataan media hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor mencatat jangkitan tertinggi dengan 1,295 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 610 kes dan Johor sebanyak 516 kes.

Sabah yang pernah merekodkan kes harian tertinggi, kini mencatatkan 303 kes hari ini.

Perincian 3,585 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 1,295 kes

  • 92 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 856 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 347 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 610 kes

  • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Cochrane;
  • 262 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes import dari luar negara;
  • 252 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 516 kes

  • 231 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Platinum dan Kluster Jalan Padi Mahsuri;
  • 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 160 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 303 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 209 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 78 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 205 kes

  • 134 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 129 kes

  • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Intan Delima;
  • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 35 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 104 kes

  • 26 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 45 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 92 kes

  • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 88 kes

  • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Keladi Saga;
  • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 76 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 76 kes

  • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tembok Bukit Besi dan Kluster Kampung Bukit Putera;
  • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 58 kes

  • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 15 kes

  • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 15 kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
  • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada lainlain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.