Skip to main
Logo Malaysiakini

Hamzah pulih sepenuhnya daripada Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19.

Setiausaha akhbarnya, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.

Hamzah disahkan positif Covid-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

-Bernama