Skip to main
Logo Malaysiakini

4,094 kes baru, 10 kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 4,094 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif setakat ini kepada 198,208 kes.

Jumlah kes hari ini juga yang kedua tertinggi dicatatkan di Malaysia, setelah jumlah kes pada Sabtu lepas (4,275).

Seramai 3,281 pesakit lagi yang sembuh dan dibenarkan pulang setakat tengah hari ini. Setakat ini, jumlah kes sembuh di Malaysia ialah sebanyak 154,299 kes.

Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:

Kes aktif: 43,192 (lebih 803 berbanding semalam)

Pesakit Sembuh: 3,281 

Kes baru: 4,094 (4,086 tempatan, 8 import)

Pesakit dalam ICU: 303 (kurang 11 berbanding semalam)

Pesakit perlukan bantuan pernafasan: 118 orang (kurang 4 berbanding semalam)

Lembah Klang merangkumi 55.3 peratus kes baru hari ini. Johor turut melaporkan kadar kes yang tinggi, iaitu 17.5 peratus.

Lebih separuh daripada kes baru di Kuala Lumpur, iaitu 678 kes (53.2 peratus), dikesan menerusi "saringan-saringan lain".

Tidak dapat dipastikan sebanyak mana kes-kes ini dikesan di kalangan mereka yang bergejala tetapi tidak berkaitan dengan kluster sedia ada kerana Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur tidak memberikan angka untuk itu, berbeza dengan Selangor dan Perak.

 [Berita lanjut menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.