Skip to main
Logo Malaysiakini

Taliban tak patuh perjanjian, kata Amerika

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Pentagon pada Khamis berkata Taliban Afghanistan tidak memenuhi komitmen di bawah perjanjian Amerika Syarikat (AS)-Taliban, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Tanpa memenuhi komitmen untuk menamatkan keganasan dan serangan terhadap Pasukan Keselamatan Negara Afghanistan dan sukar untuk rakyat Afghanistan menyaksikan adanya penyelesaian melalui rundingan khusus.

"Tetapi kami masih tetap komited dengan perkara itu," kata jurucakap Pentagon John Kirby pada taklimat media.

Kirby berkata AS belum membuat keputusan mengenai kehadiran pasukan tentera di Afghanistan pada masa akan datang dan setakat ini terdapat 2,500 tentera AS ditempatkan di negara itu sudah cukup untuk membantu menyelesaikan misi memerangi keganasan.

John Kirby 

AS dan Taliban menandatangani perjanjian pada akhir Februari 2020, antara lain mahu pengunduran sepenuhnya pasukan tentera AS dari Afghanistan menjelang Mei 2021 jika Taliban memenuhi syarat kesepakatan itu, termasuk memutuskan hubungan dengan kumpulan pengganas.

Perang di Afghanistan telah menyebabkan kira-kira 2,400 kematian tentera AS. Sebelum ini, bekas Presiden Donald Trump mempercepat pegunduran tentera dari negara itu walaupun beberapa pembantu kanannya mencadangkan pendekatan yang lebih berhati-hati.

- Bernama