Skip to main
Logo Malaysiakini

Mahkamah kekalkan hukuman penjara dua bekas perdana menteri Algeria

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Mahkamah di Algeria mengekalkan hukuman penjara kepada dua bekas perdana menteri, kata sumber kehakiman pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 15 tahun kepada Ahmed Ouyahia dan Abdelmalek Sellal pula dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, kedua-duanya pernah berkhidmat di bawah bekas presiden Abdelaziz Bouteflika.

Sebelum ini pada Disember 2019 kedua-dua tertuduh disabitkan bersalah melakukan rasuah dalam kempen pilihan raya Bouteflika

Pada Jun 2020 mereka juga dijatuhi hukuman 12 tahun penjara atas tuduhan pengubahan wang haram.

Selain itu, pada 1Julai kedua-dua bekas pemimpin tersebut menerima hukuman penjara 12 tahun atas kesalahan melakukan penyelewengan dalam tender awam utama.

Ouyahia berkhidmat selama empat penggal di bawah Bouteflika sementara Sellal berkhidmat dua penggal.

Sementara itu mahkamah mengurangkan hukuman kepada bekas Menteri Tenaga Youcef Yousfi dari lima tahun kepada tiga tahun.

Mahkamah turut membebaskan bekas Menteri Pelancongan Yamina Zerhouni, yang sebelum ini dijatuhi hukuman dua tahun penjara.

Semua tuduhan itu berkaitan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.

Bouteflika meletak jawatan pada 2 April 2019 selepas menerima tekanan daripada protes besar-besaran terhadap pemerintahannya selama 20 tahun.

- Bernama