Skip to main
Logo Malaysiakini

Rekod lagi 5,728 kes, Selangor tertinggi 3,285 jangkitan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kes baru paling tinggi hari ini 5,728 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 47,388 meningkat 1,910 kes berbanding hari sebelumnya.

"Selangor masih melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 3,285 kes (57.3 peratus).

"Daripada jumlah ini, sebanyak 2,467 kes (75.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ini diikuti oleh Johor sebanyak 792 kes (13.8 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 480 kes (8.4 peratus)," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sementara itu,  Dr Noor Hisham memaklumkan 13 kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif 746 korban.

Sementara itu, katanya terdapat seramai 319 pesakit di ICU dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing dua kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perak serta masing-masing satu kes di Johor, Sarawak, dan Melaka.

"KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," kata pengarah kesihatan.

Jelasnya, jumlah kes sembuh baru 3,805 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 161,527 kes (77.04 peratus).

Menurut Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 16 kluster baru dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif kini 387 kluster, dengan 97 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baru hari ini.

Katanya, 13 kluster baru membabitkan kluster tempat kerja iaitu Kluster Jalan Suasa, Jalan Riang, Jalan Lombong, Bintang Utama, Bayu Tampoi dan Bukit Batu Grisek masing-masing di Johor; Jalan Trompet dan Kampung Hala di Selangor; Lingkaran Maluri dan Desa Tun di Kuala Lumpur; Tanah Putih dan Jalan Ketengah (Pahang); serta Jalan Labuk (Sabah).

Tiga lagi kluster, katanya melibatkan komuniti iaitu Lasah di Perak, Tersat (Terengganu) dan Taman Amalina (Pahang).

“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (567 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (103 kes) dan Kluster Pasai (96 kes).

“Jumlah keseluruhan kluster yang tamat adalah 420 kluster termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Batu Tujuh, Kluster D’Bajaru, Kluster Tapak Bina Jalan Broga dan Kluster Mador,” katanya lagi. 

Perincian 5,728 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 3,285 kes

  • 967 kes daripada kluster-kluster, termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Trompet dan Kluster Kampung Hala;
  • 1,500 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua kes import dari luar negara;
  • 816 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 792 kes

  • 337 kes daripada kluster-kluster, termasuk 60 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Jalan Suasa, Kluster Jalan Riang, Kluster Jalan Lombong,
  • Kluster Bintang Utama, Kluster Bukit Batu Grisek, dan Kluster Bayu Tampoi;
  • 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 199 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 480 kes

  • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 35 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Desa Tun;
  • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 224 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 263 kes

  • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes
  • daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Labuk;
  • 180 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 67 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 191 kes

  • 106 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 41 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 158 kes

  • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 112 kes

  • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes
  • daripada kluster baru iaitu Kluster Lasah;
  • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 101 kes

  • 15 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 99 kes

  • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 41 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 85 kes

  • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tersat;
  • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 19 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 51 kes

  • 14 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster
  • Tanah Putih, Kluster Jalan Ketengah, dan Kluster Taman Amalina;
  • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 42 kes

  • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes

  • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga (3) kes import dari luar negara;
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 28 kes

  • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: 12 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.