Skip to main
Logo Malaysiakini

4,284 kes baru, jumlah keseluruhan korban kini 809

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 4,284 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula seramai 18 orang, menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini kepada 809.

Bagi kes baru, sebanyak 190 dilaporkan di Sabah. Ia merupakan angka terendah di negeri itu sejak akhir Disember lalu. Kes baru di Sabah juga menyaksikan trend penurunan sejak 23 Januari.

Selangor pula kekal dengan kes baru tertinggi, iaitu sebanyak 1,572 kes (36.7 peratus), disusuli dengan Johor sebanyak 964 kes (22.5 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 651 kes (15.2 peratus).

Berikut adalah maklumat utama Covid-19 hari ini:

  • Kes aktif: 48,309
  • Kes sembuh: 3,804
  • Pesakit di ICU: 307
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 141

Kes kematian hari ini melibatkan lima di Selangor, masing-masing tiga di Sarawak dan Negeri Sembilan, dua di Perak, dan masing-masing satu kes di Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur dan Sabah.

Sebanyak 17 daripada 18 korban hari ini adalah warganegara. Maklumat lanjut tetang kes kematian boleh didapati di laman penjejak Covid-19 Malaysiakini.

Perlu dinyatakan yang kematian yang dilaporkan tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam setakat tengah hari ini.

KKM turut memaklumkan terdapat 13 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini.

Berikut adalah maklumat berkenaan kluster tersebut:

Kluster Ladang Tangkarason

  • Daerah: Beluran, Sabah
  • Lokaliti/punca: Ladang sawit di Tangkasaron
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Feb (saringan bersasar)
  • Jumlah kes: Kesemua 16 yang disaring

Kluster Bandar Lama

  • Daerah: Tawau, Sabah
  • Lokaliti/punca: Pejabat kerajaan, Jalan Dunlop
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 21 Jan (saringan individu bergejala)
  • Jumlah kes: 24 daripada 56 yang disaring

Kluster Jalan Satu KKIP

  • Daerah: Tuaran, Sabah
  • Lokaliti/punca: Gudang di Jalan Satu KKIP Selatan, Kota Kinabalu
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 7 Jan (saringan prapekerjaan)
  • Jumlah kes:30 daripada 194 yang disaring

Kluster Jalan City

  • Daerah: Sepang, Selangor
  • Lokaliti/punca: Pusat beli belah di Sepang
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 2 Feb (saringan bersasar)
  • Jumlah kes: 48 daripada 112 yang disaring

Kluster Jalan Aman

  • Daerah: Hulu Selangor
  • Lokaliti/punca: Kilang di Jalan Aman Suria, Bestari Jaya, Selangor
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Feb (saringan bersasar)
  • Jumlah kes: 38 daripada 255 yang disaring

Kluster Jalan Pulai 55

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokaliti/punca: Pusat perlindungan di Jalan Pulai 55, Taman Pulai Utama
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 1 Feb (saringan kemasukan wad)
  • Jumlah kes: 42 daripada 58 yang disaring

Kluster Batu Tiga Setengah

  • Daerah: Batu Pahat, Johor
  • Lokaliti/punca: Kilang di Jalan Batu 3 ½, Jalan Kluang
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 17 Jan (saringan individu bergejala)
  • Jumlah kes: 19 daripada 119 yang disaring

Kluster Taman Koperasi

  • Daerah: Kepong, Kuala Lumpur
  • Lokaliti/punca: Institut pengajian di Taman Koperasi
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Feb (saringan bersasar)
  • Jumlah kes: 15 daripada 23 yang disaring

Kluster Kandi Sungai Besi

  • Daerah: Cheras, Kuala Lumpur
  • Lokaliti/punca: Institutsi pendidikan awam dan hostel di Sungai Besi
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 28 Jan (saringan bergejala)
  • Jumlah kes: 10 daripada 267 yang disaring

Kluster Lebuh Karak

  • Daerah: Bentong, Pahang
  • Lokaliti/punca: Institut latihan di Lebuhraya KL-Karak, Bentong
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 2 Feb (saringan bergejala)
  • Jumlah kes: 8 daripada 170 yang disaring

Kluster Tapak Bina Presint Tujuh

  • Daerah: Putrajaya
  • Lokaliti/punca: Tapak pembinaan di Presint 7
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 3 Feb (saringan bersasar)
  • Jumlah kes: 9 daripada 136 yang disaring

Kluster Mayang Pasir

  • Daerah: Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan
  • Lokaliti/punca: Kilang di Jalan Mayang Pasir, Bayan Lepas
  • Kategori: Tempat kerja
  • Kes pertama: 30 Jan (saringan pesakit Influenza Like Illness)
  • Jumlah kes: 47 daripada 217 yang disaring

Kluster Tembok Pengkalan Chepa

  • Daerah: Kota Bharu, Kelantan
  • Lokaliti/punca: Penjara Pengkalan Chepa
  • Kategori: Pusat tahanan
  • Kes pertama: 23 Jan (saringan tahanan baru)
  • Jumlah kes: 76 daripada 511 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.