Permohonan semakan kehakiman Muda untuk daftar parti ditolak
Mahkamah menolak permohonan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi memulakan tindakan undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi sebagai parti politik.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan semakan kehakiman Muda untuk mendapat kebenaran memaksa Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan menteri dalam negeri untuk melaksanakan pendaftaran tersebut.
Hakim Mariana Yahya membuat keputusan itu semasa prosiding dalam talian dengan pihak berkaitan dalam perkara itu.
Bekas menteri belia dan sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 yang lain adalah pemohon semakan kehakiman itu, sementara dua responden adalah RoS dan seorang menteri, yang tidak disebutkan namanya.
Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang bertindak mewakili ROS dan menteri itu, mengesahkan perkembangan ini ketika dihubungi pagi ini.
Hari ini dijadualkan untuk keputusan mahkamah mengenai permohonan Muda untuk kebenaran meneruskan semakan kehakiman.
ROS menolak permohonan pendaftaran Muda melalui e-mel yang dihantar pada 6 Januari lalu.
[Laporan penuh menyusul]
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai