Skip to main
Logo Malaysiakini

Hari Bahasa Ibunda 2021 bakal disambut sederhana tahun ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa tahun ini akan dijalankan secara dalam talian disebabkan kekangan Covid-19.

Menurut pengarah program Tan Soon Lim, sambutan tahun ini akan menyajikan kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Sebelum ini, kami telah menampilkan penyampai terkenal dari pelbagai organisasi dan juga telah mengadakan pelbagai persembahan kebudayaan dari pelbagai kumpulan kebudayaan dan persembahan istimewa dari masyarakat Orang Asal.

“Tahun ini, disebabkan oleh wabak Covid-19, kami telah merancang untuk menjalankan HBIA 2021 dengan sedikit berbezaan dari tahun-tahun sebelumnya,” katanya sidang media yang disiarkan secara maya hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan pada tahun ini adalah persembahan khas Orang Asli Selangor, Sarawak dan Sabah, projek pengambaran video pendek, pertandingan melukis dan menulis esei dan forum belia.

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa dianjurkan hasil kerjasama bDewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor, Pertubuhan Ikram Malaysia, Yayasan Tamil Malaysia (TFM), Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (Joas) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Soon Lim berkata sambutan itu penting untuk mempromosikan penyebaran bahasa ibunda dan kesedaran sepenuhnya mengenai tradisi linguistik dan budaya di seluruh dunia berdasarkan pemahaman, toleransi dan dialog.