Skip to main
Logo Malaysiakini

Strain virus Covid-19 di Sarawak sekarang berbeza - Dr Sim

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Analisis penjujukan genom Covid-19 menunjukkan varian yang menjangkiti rakyat Sarawak kini berbeza dengan yang dikesan pada bulan Mac hingga April tahun lepas, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Jangkitan awal adalah dari strain Wuhan tetapi apabila Kluster Stutong dan Kluster Keranji Tabuan dikesan bulan lalu, analisis penjujukan genom yang dilakukan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) menunjukkan strain baru serupa seperti yang terdapat di Indonesia dan United Kingdom (UK).

Bagi Kluster Pasai yang telah merebak secara meluas di banyak bahagian Sarawak, strain itu berasal dari Semenanjung dan sedikit UK.

Bagaimanapun, katanya, strain UK bukan dari jenis B117 yang sangat cepat merebak daripada virus Covid-19.

"Ia bukan mutasi dari strain UK. Ia virus pemutasian. Dan sekarang di UK, mereka bercakap tentang strain Afrika."

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.