Skip to main
Logo Malaysiakini

Kadar kematian naik lebih 30% di Sabah hujung tahun lalu

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jumlah kematian di Sabah meningkat 30.6 pada suku terakhir tahun lepas.

Menurut Jabatan Perangkaan, terdapat lebih 868 kematian di negeri itu berbanding tempoh sama pada tahun 2019.

Sabah dan Labuan paling teruk terkesan oleh Covid-19 pada hujung tahun lepas.

Peningkatan kematian di Sabah dan Labuan adalah ketara, memandangkan perubahan tahun ke tahun pada tahun 2018-2019 untuk seluruh negara hanya tiga peratus.

Secara rasmi, Sabah mencatatkan 252 kematian berkaitan Covid-19 dalam tempoh itu sementara Labuan mencatatkan sembilan.

Antara korban Covid-19 di Sabah melibatkan 191 rakyat Malaysia dan 61 warga asing.

Angka terbaru diperoleh dari Demografi Statistik Keempat Tahun 2020, Malaysia. Angka untuk tahun 2018 tidak dipaparkan.

Secara keseluruhan, Malaysia melaporkan 174,313 kematian.

Sebanyak 44,390 kematian telah direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 (44,566 kematian).

Sejumlah 25,938 kematian adalah lelaki sementara 18,452 kematian adalah perempuan.

Secara kumulatif, Covid-19 telah meragut 347 nyawa di Sabah. Satu daripada tiga yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia dilaporkan di Sabah.

Penularan wabak Covid-19 di negeri itu diburukkan lagi berikutan pilihan raya negeri pada bulan September tahun lalu.