Skip to main
Logo Malaysiakini

MP gesa pengampunan pada Pati sebelum diberi vaksin

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ahli parlimen Klang, Charles Santiago menggesa program pengampunan dilaksanakan terhadap pendatang tanpa izin sebelum program vaksinasi Covid-19 dijalankan ke atas mereka.

Charles berkata, ini kerana tahun lalu Jabatan Imigresen menahan ramai pendatang asing setelah berjanji tidak akan mengambil tindakan sekiranya mereka tampil melakukan ujian Covid-19.

Bercakap kepada Malaysiakini, Charles berkata dia tidak mahu pendatang asing 'ditipu' sekali lagi.

Pada masa ini, dianggarkan seramai 3.5 juta pendatang asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah berada di negara ini.

"Menyediakan vaksin untuk pekerja asing tanpa dokumen harus dialu-alukan, tetapi mesti diberikan pengampunan dari Imigresen.

"Agar program imunisasi dapat berjalan, imigresen mesti mengeluarkan kenyataan yang meyakinkan dan memohon maaf atas kesalahan mereka sebelum ini," katanya.

Charles juga meminta majikan dikecualikan daripada tindakan bagi membantu proses tersebut.

"Majikan tidak boleh didakwa atas kesalahan mengambil pekerja asing tanpa dokumen," katanya.

Semalam, kabinet mengumumkan bahawa program imunisasi Covid-19 akan dijalankan kepada semua individu yang tinggal di Malaysia termasuk bukan warganegara.

Perkara itu turut disahkan oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Secara prinsipnya, kabinet turut bersetuju menyediakan vaksin percuma kepada pendatang asing tanpa dokumen.

“Jawatankuasa akan membincangkan lebih lanjut tentang bagaimana ini akan dapat dilaksanakan. Kami akan menghubungi kerajaan negeri, kedutaan asing, dan NGO untuk membantu,” katanya di Twitter.

[Baca berita penuh]