Skip to main
Logo Malaysiakini

3,499 jangkitan baru, kes aktif turun sikit

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 3,499 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hiham Abdullah.

"3,498 kes adalah penularan tempatan melibatkan 1,871 warga tempatan dan 1,627 bukan warga negara manakala satu kes lagi merupakan kes import membabitkan seorang warga tempatan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, 51,558 kes aktif direkodkan hari ini, turun 21 kes berbanding semalam.

Lima kematian direkod hari ini, angka korban harian terendah sejak 18 Jan lalu yang melaporkan empat kes kematian.

Ini menjadikan jumlah kematian terkumpul seramai 958 korban.

Menurut Dr Noor Hisham, kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah, Johor, dan Terengganu. 

"Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya.

Jelasnya lagi, kes sembuh pula mencatat 3,515 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada Covid-19 adalah sebanyak 209,289 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu sebanyak 1,345 kes (38.5 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 802 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes (14.6 peratus).

"Sebanyak 70 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (46 kes), Tembok Sungai Udang (18 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes)," katanya lagi.

Jelasnya, seramai 263 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut pengarah kesihatan lagi, sejumlah 10 kluster baru dikesan, dengan sembilan daripadanya berkaitan tempat kerja dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur.

Jumlah kluster aktif, kata Dr Noor Hisham kini 483 dengan 85 daripadanya merekodkan pertambahan kes baru hari ini.

"Bagi kluster di tempat kerja, tiga dikenal pasti di Johor iaitu Persiaran Synergi Utama, Jalan i-Park Satu dan Jalan Lengkok Satu, dua di Selangor iaitu Lebuh Keluli dan Industri Selesa.

"Selain itu, dua di Kuala Lumpur iaitu Tapak Bina Lorong Peel dan Tapak Bina Jalil Utama, serta Persiaran Bunga Tanjung di Negeri Sembilan dan Bukit Tengah di Terengganu,” jelasnya.

Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini ialah Kluster Sungai Putus (271 kes), Kluster Persiaran Synergi Utama (219 kes), dan Kluster Tapak Bina Lorong Peel (187 kes), katanya.

Noor Hisham berkata 11 kluster dilapor tamat hari ini iaitu Bukit Bakar, Jalan Timah, Seragam Chepa, Restoran Putra, Tapak Bina Jalan Desa, Pekeliling, Jalan Chu, Tapak Bina Laut, Tapak Bina Matahari, Pagar Bentong, dan Jalan Sembrong.

Ini, katanya menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat setakat ini 489.

Perincian kes positif 3,499 kes Covid-19 baru:

Selangor: 1,345 kes

  • 471 kes daripada kluster-kluster; termasuk 38 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa;
  • 581 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
  • 292 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 802 kes

  • 411 kes daripada kluster-kluster, termasuk 361 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu;
  • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 208 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 511 kes

  • 335 kes daripada kluster-kluster, termasuk 312 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Tapak Bina Jalil Utama, dan Kluster Jalan Tun Razak;
  • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 85 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 152 kes

  • 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 138 kes

  • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 65 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 121 kes

  • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 111 kes

  • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 101 kes

  • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: 58 kes

  • 31 kes daripada kluster-kluster; termasuk 27 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Persiaran Bunga Tanjung;
  • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: 50 kes

  • 27 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Terengganu: 46 kes

  • 19 kes daripada kluster-kluster; termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Tengah;
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 44 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
  • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 21 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: 13 kes

  • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes

  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.