Lepas Syed Saddiq kempen, k'jaan akan buat rumah untuk Pakcik Hashim
Kementerian Pembangunan Luar Bandar bersetuju mendirikan sebuah rumah pasang siap untuk seorang warga emas di Muar hidup dalam kedaifan sebelum campur tangan Ahli Parlimen Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pada hantaran di Facebook malam ini, Syed Saddiq berkata pegawai kementerian telah mengunjungi rumah usang milik lelaki berusia 59 tahun yang dikenali sebagai Pakcik Hashim, dan mengatakan rumah baru dapat dibina dalam masa dua bulan.
"Syaratnya, kena buat carian di Pejabat Tanah dan urus hal pemilikan tanah.
"Saya dan pasukan parlimen Muar akan cuba segerakan hal ini," katanya.
Malaysiakini difahamkan pemilikan tapak rumah usang Hashim sekarang dikongsi bersama adik-beradiknya.
Hashim mendapat bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tinggal di kediaman uzur itu sejak enam bulan lalu.
Semalam, Syed Saddiq berkata Hashim boleh menumpang sementara di rumahnya.
Hari ini, kata ahli parlimen itu Pakcik Hashim sudah mendapat tempat di pusat jagaan warga emas.
"Saya sendiri sempat hantar Pakcik Hashim ke rumah jagaan," kata Syed Saddiq.
Jelasnya lagi, dia akan menanggung kos RM1,200 sebulan untuk Hashim tinggal di pusat itu, tetapi mengalu-alukan sumbangan untuk membantu warga emas itu.
Setakat hari ini dia telah menerima sumbangan berjumlah RM10,229 untuk Pakcik Hashim.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai