Skip to main
Logo Malaysiakini

Ketua JPJKK P Pinang meninggal dunia

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Pulau Pinang SAC Zundin Mahmood meninggal dunia semalamdi Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana jangkitan paru-paru.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang, Zundin, 59, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP kira-kira pukul 4.40 petang semalam.

"Seluruh warga PDRM terutama kontinjen Pulau Pinang menzahirkan salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham tuan Zundin yang telah kembali ke rahmatullah," menurut kenyataan itu malam tadi.

Jenazah Zundin dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda di Kuala Lumpur.

- Bernama