Skip to main
Logo Malaysiakini

Lima remaja bawa motor aksi bahaya zig-zag ditahan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Keseronokan lima remaja melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal tidak bertahan lama apabila mereka ditahan dalam operasi di Lebuhraya Link Kedua, Kulai, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata, dalam Operasi Samseng Jalanan, Skuad 42 Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Kulai, menahan remaja lelaki berusia 16 hingga 19 tahun yang melakukan aksi ‘Superman’ pada jam 10.30 malam kelmarin.

‘Semasa operasi itu, remaja berkenaan menunggang motosikal dengan kelajuan tinggi serta melakukan aksi zig-zag, menundukkan badan serta kedua-dua kaki ke belakang,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru malam tadi.

Dalam operasi itu, sebanyak 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sementara lima buah motosikal turut disita.

Semua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 42 (1) dan Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

- Bernama