Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
GLOBAL | Seorang wanita 66 tahun yang membawa surat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ditahan ketika di pusat pemeriksaan berhampiran Rumah Putih di Washington DC, lapor Agensi Berita Sputnik.
Memetik polis, Fox News melaporkan wanita itu memiliki pistol di dalam keretanya dan ditemani seorang lelaki yang membawa pistol BB.
Kedua-duanya menghampiri pusat pemeriksaan berhampiran kompleks Rumah Putih dan wanita itu berkata mahu menyampaikan surat untuk Biden, lapor Fox News pada Ahad.
Wanita itu ditahan oleh Perkhidmatan Rahsia sekitar 5.30 pagi waktu tempatan pada Ahad (22:30 GMT).
Tiada maklumat lanjut mengenai surat yang dikatakan untuk presiden AS itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai