Skip to main
Logo Malaysiakini

Hospital swasta sedia bantu percepat proses beri vaksin Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hospital swasta sedia untuk membantu kerajaan untuk mempercepat proses vaksinasi Covid-19, kata Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Kuljit Singh.

"APHM sedang menunggu untuk membincangkan mekanisme vaksinasi, memandangkan ramai yang berbesar hati untuk mendapatkan vaksin di hospital swasta.

"Ini adalah perkhidmatan yang dapat kami sediakan untuk orang ramai. Namun, kami sedang menunggu arahan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Kuljit juga berterima kasih kepada kerajaan kerana setuju untuk turut memberikan vaksin kepada petugas kesihatan di sektor swasta secara serentak dengan petugas di sektor awam.

“Kita akan bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan semua pasukan barisan hadapan dirangkumi dalam vaksinasi dalam sektor kesihatan," katanya lagi.

Dia juga menggesa orang ramai agar menyertai program vaksinasi yang akan dijalankan.

"Vaksin ini adalah selamat dan kebarangkalian untuk komplikasi jangka panjang Covid-19 jauh lebih teruk berbanding kecil kesan sampingan vaksin Covid-19 yang amat kecil kebarangkaliannya.

"Setiap orang perlu menunggu giliran (mendapatkan vaksinasi) dan akan dimaklumkan,” katanya lagi.

Vaksin Covid-19 dijangka mula tiba minggu depan, iaitu seminggu lebih awal daripada tarikh awal 26 Februari.

Kerajaan telah memilih sekitar 7,000 orang untuk menerima vaksin tersebut.

Mereka kemudiannya akan ditugaskan untuk mengendalikan vaksin kepada penerima lain.