Skip to main
Logo Malaysiakini

Muhyiddin hantar surat tuntutan ke Puad

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Peguam yang mewakili Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Mohd Puad Zarkashi ekoran kenyataan dibuat anggota Majlis Tertinggi Umno itu yang dianggap "memfitnah".

Menurut laporan The Edge surat tuntutan itu dihantar firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dialamatkan ke Puad di Putrajaya.

Ia berhubung hantaran dibuat bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu mengenai Muhyiddin di media sosial baru-baru ini. Dalam hantaran tersebut Puad membangkitkan persoalan mengenai prosedur kuarantin ke atas Muhyiddin yang baru pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Memetik kandungan tuntutan itu The Edge melaporkan hantaran dibuat Puas mengandungi maklumat tidak benar, tidak berasas dan berniat jahat terhadap Muhyiddin.

Tuntuan itu menyatakan hantaran dibuat Puad secara tersirat mahu menyatakan presiden Bersatu itu enggan menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari dan mendorong Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengeluarkan arahan baru mengenai prosedur berkenaan.

Arahan itu - yang dikeluarkan melalui warta persekutuan - menyatakan anggota kabinet yang baru pulang dari lawatan rasmi di luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari.

Selanjutnya, LOD dilaporkan mendakwa hantara Puad itu membawa maksud Muhyiddin menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk mendapatkan layanan istimewa.

Sebelum ini Puad diberi tempoh tujuh hari untuk memadamkan hantaran tersebut, memohon maaf secara terbuka di Facebok, portal berita dan media sosial dan ikrar untuk tidak mengulangi dakwaan berkenaan.

Puad juga dituntut membayar pampasan RM10 juta.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Puad mendakwa dia belum menerima LOD tersebut.

"Saya belum terima LOD. Selepas terima, saya masih perlukan masa untuk menelitinya sebelum memberi respons," katanya.

[Baca berita penuh]