Skip to main
Logo Malaysiakini

2,936 kes, jangkitan naik mendadak di Johor

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak 2,936 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan hari ini, maklum KKM.

Sementara itu, Johor mencatatkan kenaikan mendadak kes baru dengan 730 jangkitan, berbanding semalam dengan 426 kes baru.

Selangor terus mendahului jangkitan tertinggi dengan 978 kes, tetapi pertama kalinya mencatatkan kes harian menurun bawah 1,000 kes sejak 9 Feb lalu yang merekodkan 862 kes.

Sementara itu, 13 lagi kematian direkod hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban yang diragut wabak ini di Malaysia seramai 1,043 nyawa.

Seramai 220 pesakit sedang dirawat di ICU dan 104 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Status ringkas:

Kes sembuh=4,889

Jumlah kes sembuh=239,971 kes

Kes baharu positif=2,936 kes (2,919 tempatan, 17 import)

Jumlah positif=277,811

Kes kematian=13

Jumlah kes kematian=1,043 kes

Kes dirawat di ICU=220 kes

Bantuan Alat Pernafasan=104

Kes mengikut negeri:

Selangor (978)

Johor (730)

Kuala Lumpur (227)

Sarawak (199)

Negeri Sembilan (191)

Pulau Pinang (188)

Perak (155)

Sabah (101)

Kelantan (38)

Terengganu (37)

Kedah (36)

Pahang (26)

Melaka (26)

Putrajaya (3)

Labuan (1)

Perlis (0)

[Berita penuh menyusul]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.