2,461 kes, jangkitan melonjak di Kelantan
Sebanyak 2,461 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara itu, katanya, 8 lagi kematian direkod hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan korban yang diragut wabak ini di Malaysia seramai 1,051 nyawa.
Dr Noor Hisham berkata kesemua kes melibatkan warganegara iaitu tiga wanita dan lima lelaki berumur lingkungan 46 hingga 81 tahun yang mempunyai masalah kesihatan kronik
Seramai 207 pesakit sedang dirawat di ICU dan 91 orang memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.
Bagaimanapun,Kelantan mencatatkan kenaikan mendadak kes baru dengan 257 jangkitan, berbanding semalam dengan 38 kes harian.
Menerusi hantaran di Twitter, Dr Noor Hisham menjelaskan lonjakan jumlah kes baru di Kelantan adalah disebabkan banduan dari Penjara Dungun, Terengganu yang baru tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipindahkan ke Penjara Pengkalan Chepa.
Menurutnya lagi, sebanyak 10 kluster baru dikenal pasti hari ini dengan kesemuanya adalah kluster di tempat kerja menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 510 kluster.
Katanya daripada jumlah kluster baru, empat dikesan di Johor iaitu Kluster Jalan Tanjung Enam; Jalan Wawasan 14, Batu Dua Setengah dan Jalan Lapangan Terbang, manakala dua di Selangor iaitu Kluster Perdana Tiga dan Jalan Perusahaan Satu.
Dua kluster di Perak pula ialah Kluster Batu Sebelas dan Jalan Pelabuhan sementara masing-masing satu kluster di Sabah iaitu Kluster Jalan Pasar dan Negeri Sembilan pula Kluster Tapak Bina Kasia.
Sementara itu, sebanyak 11 lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster tamat di negara ini kini 558.
Status ringkas:
Kes sembuh=4,782
Jumlah kes sembuh=244,753 kes
Kes baharu positif=2,461 kes
Jumlah positif=280,272
Kes kematian=8
Jumlah kes kematian=1,051 kes
Kes dirawat di ICU=207 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91
Kes mengikut negeri:
Selangor (1001)
Kelantan (257)
Johor (233)
Kuala Lumpur (230)
Sarawak (134)
Sabah (109)
Perak (108)
Kedah (101)
Negeri Sembilan (89)
Pulau Pinang (87)
Pahang (42)
Melaka (32)
Terengganu (22)
Putrajaya (13)
Perlis (3)
Labuan (0)
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai