Skip to main
Logo Malaysiakini

Rusuhan di penjara Ecuador, lebih 50 banduan maut

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Lebih 50 banduan maut dalam rusuhan di penjara di Ecuador, lapor Agensi Berita Sputnik, memetik polis pada Selasa.

Rusuhan dilaporkan berlaku di penjara di Guayaquil, Cuenca dan Latacunga. Terdapat beberapa kes pengawal penjara dijadikan tebusan tetapi mereka semua telah dibebaskan.

"Setakat ini pakar forensik melaporkan lebih 50 banduan maut," kata polis di Twitter.

Rusuhan itu tercetus ekoran pergaduhan beberapa geng dalam penjara berkenaan.

-Bernama