DBKL selesaikan 531 kes aduan kerosakan jalan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyeru warga kota untuk terus menjadi ‘mata dan telinga’ bagi menyalurkan maklumat berkaitan kerosakan jalan raya di ibu kota menerusi aplikasi WhatsApp ‘Aduan Potholes DBKL’
Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran DBKL Ir Azli Shah Ali Bashah berkata pihaknya menerima 1,224 aduan sejak talian itu dilancarkan pada 7 Jan lepas.
“Sebanyak 702 aduan berkaitan jalan berlubang dan daripada jumlah itu kami telah selesaikan 531 kes, jadi lebih kurang 76 peratus.
“Perkara lain seperti aduan mengenai longkang turut diadukan di talian tersebut,” katanya ketika menjadi tetamu program Influencer@JaPen yang disiarkan di Facebook Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Orang ramai boleh menyalurkan aduan di saluran WhatsApp ‘Aduan Potholes DBKL di 011 62396652 ( https://wa.link/jobdg3’) dengan menyatakan lokasi tepat jalan rosak bagi membolehkan tindakan segera diambil.
Selain aplikasi tersebut, DBKL juga mempunyai pelbagai saluran bagi orang awam memanjangkan aduan berkaitan jalan berlubang, antaranya melalui laman web aduan ISPAAA, Hotline DBKL (pusat panggilan), Biro Pengaduan Awam, Aplikasi i-Tegur (KPKT), e-mel, telefon, bersurat selain aduan bersemuka melalui Pejabat-Cawangan DBKL.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai