AS-Oman bincang cara akhiri perang di Yaman
GLOBAL | Menteri Luar Oman Badr Al-Busaidi pada Khamis mengadakan perbincangan dengan Utusan Amerika Syarikat (AS) ke Yaman Timothy Lenderking mengenai kemungkinan mengakhiri perang di Yaman, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Agensi Berita Oman, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan di Yaman dan usaha menangani krisis kemanusiaan di negara yang dilanda perang itu.
Kedua-dua pihak juga menekankan mengenai menyokong usaha untuk mencapai penyelesaian politik antara pihak yang bertelagah di Yaman.
Pada Rabu, Lenderking tiba di Muscat dari Arab Saudi, dan bertemu Menteri Luar Saudi Adel Al-Jubeir dan Menteri Luar Yaman, Ahmed Awad bin Mubarak
Lawatan 10 hari Lenderking ke wilayah Teluk dilakukan di tengah usaha yang dipergiatkan pentadbiran AS untuk mencari penyelesaian terhadap krisis yang telah berlarutan selama tujuh tahun.
Sejak beberapa tahun lalu, Oman juga aktif dalam usaha menyelesaikan krisis Yaman dan menjadi perantara antara pihak-pihak yang berperang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai