Skip to main
Logo Malaysiakini

2,253 kes baru, peningkatan di Perak

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 2,253 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Kebanyakan kes masih dilaporkan di Lembah Klang, iaitu 33.5 peratus daripada keseluruhan kes (Selangor dengan 633 kes dan Kuala Lumpur dengan 122 kes). Pada masa sama terdapat peningkatan di Perak (545 kes atau 242 peratus).

Kes baru di Perak hari ini mencatatkan jumlah tertinggi sejak peningkatan mendadak pada 21 Februari lalu, dengan 1,215 kes. Sejak itu, purata kes baru di Perak adalah 262 kes.

Menurut KKM, majoriti kes di Selangor iaitu 520 kes (82.1 peratus) daripada kluster dan saringan kontak rapat.

Begitu juga dengan Perak, apabila 539 daripada 545 kes daripada kluster, termasuk 1 kes daripada kluster baru, iaitu Kluster Kampung Columbia.

Pada masa sama, terdapat 3,085 lagi pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes aktif terus menurun dan kini pada kadar sebelum pengisytiharan darurat.

Maklumat utama:

  • Kes sembuh: 3,085
  • Kes aktif: 27,994
  • Pesakit dalam ICU: 201
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 93
  • Kematian: 11 (jumlah keseluruhan - 1,111 orang)

Kematian

Sebelas kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan empat pesakit di Selangor, Kuala Lumpur (3), Sarawak (2), dan masing-masing seorang di Johor dan Sabah.

Lima daripadanya telah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, termasuk korban yang paling muda, iaitu lelaki berusia 36 tahun yang tidak mengidap sebarang penyakit lain.

Korban yang dilaporkan hari ini berusia antara 36 hingga 78 tahun.

Berikut adalah jumlah kes mengikut negeri

  • Selangor (633)
  • Perak (545)
  • Johor (276)
  • Sarawak (250)
  • Sabah (129)
  • Kuala Lumpur (122)
  • Pulau Pinang (93)
  • Kelantan (73)
  • Negeri Sembilan (68)
  • Kedah (25)
  • Pahang (21)
  • Melaka (13)
  • Perlis (4)
  • Terengganu (1)
  • Putrajaya (0)
  • Labuan (0)

10 kluster baru

KKM turut memaklumkan terdapat 10 lagi kluster baru yang dikenal pasti hari ini, dengan lapan daripadanya berkaitan tempat kerja.

Pada masa sama, terdapat 16 kluster yang tamat hari ini, iaitu Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Bukit Putra

  • Daerah: Gombak, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Taman Perindustrian Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 26 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 24 daripada 357 yang disaring

Kluster Teknologi Emas

  • Daerah: Kuala Langat, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang berhampiran Jalan Emas, Kuala Langat
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 29 Jan, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 20 daripada 87 yang disaring

Kluster Jalan Jenjarum

  • Daerah: Petaling, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Jenjarum 28/39, Shah Alam
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Februari, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 24 daripada 94 yang disaring

Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia

  • Daerah: Kuala Langat, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Tapak binaan di Persiaran Freesia, Kuala Langat
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 23 Februari, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 19 daripada 343 yang disaring

Kluster Kampung Columbia

  • Daerah: Majung, Perak
  • Lokasi / Sumber: Kampung Columbia di Ayer Tawar, Manjung
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 17 Februari, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 11 daripada 43 yang disaring

Kluster Simpang Tiga Muar

  • Daerah: Muar, Johor
  • Lokasi / Sumber: Asrama pekerja di Simpang 3, Parit Jamil, Muar
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 26 Februari, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 55 daripada 377 yang disaring

Kluster Jalan Mega Satu

  • Daerah: Johor Bahru, Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusa Jaya
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 26 Februari, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 9 daripada 23 yang disaring

Kluster Merotai Besar

  • Daerah: Kalabakan, Sabah
  • Lokasi / Sumber: Premis perniagaan di Jalan Tawau-Kalabakan di Merotai Besar, Tawau
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 18 Februari, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 26 daripada 79 yang disaring

Kluster Genting Terang

  • Daerah: Barat Daya dan Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
  • Lokasi / Sumber: Pusat pentadbiran awam di Jalan Genting, Balik Pulau
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 19 Februari, kes Severe Acute Respiratory Infections (Sari)
  • Jumlah kes setakat ini: 21 daripada 133 yang disaring

Kluster Kampung Telekong

  • Daerah: Kuala Krai dan Machang, Kelantan
  • Lokasi / Sumber: Kampung Telekong, Kuala Krai
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 17 Februari, saringan kontak rapat
  • Jumlah kes setakat ini: 29 daripada 108 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.