Skip to main
Logo Malaysiakini

Syed Husin: Buku sejarah perlukan minda terbuka

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Buku teks sejarah tingkatan empat terkini telah disemak semula sebaik mungkin bagi mengimbangi naratif sejarah yang berbeza berbanding edisi sebelumnya, kata bekas timbalan presiden PKR dan profesor Universiti Malaya, Syed Husin Ali.

“Sesetengah orang mempersoalkan isu komunis yang disebut buku ini. Ia membicarakan tentang keadaan genting yang dicetuskan oleh mereka melalui perjuangan yang mencabar dan ia tidak dapat dinafikan.

"Hakikatnya ada sebuah bab dalam buku itu yang menjelaskan mengenai darurat yang disebabkan komunis dari 1948 hingga 1960.

"Pada masa sama, perlu diakui ada satu halaman menceritakan peranan dimainkan komunis untuk memerangi Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

"Parti Komunis Malaya (PKM) mahukan pemerintahan komunis tetapi untuk mencapainya mereka mereka perlukan kemerdekaan dulu," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Syed Husin, untuk memahami sejarah secara seimbang seseorang itu perlukan fikiran yang terbuka serta mengurangkan komen beremosi orang politik yang tidak semestinya tahu apa yang mereka katakan.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa buku sejarah tingkatan empat memanipulasi fakta dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Dakwaan itu dibuat dengan merujuk dua muka surat buku teks berkenaan yang menjelasan peranan gerakan nasionalis Melayu radikal dalam perjuangan kemerdekaan dan perjuangan Malayan People’s Anti-Japanese Army’s (MPAJA) menentang penjajahan Jepun. 

Kata Syed Husin sejarah yang diceritakan secara rasmi sentiasa berkisar mengenai individu atau kumpulan elit dalam masyarakat.

Sebelum ini katanya apa yang dipersembahkan dalam buku teks sekolah seolah-olah hanya Tunku Abdul Rahman, Umno dan rakan sekutu parti berkenaan saja.

"Itu tidak adil dan berat sebelah kerana tidak banyak disebutkan mengenai peranan orang biasa dan pemimpin kiri Melayu berjuang mendapatkan kemerdekaan,” katanya.

"Kita perlu mengkaji semula dan meneliti peranan PKM dalam perjuangan kemerdekaan.

"Kita juga tidak sepatutnya melabelkan parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Seda (Awas) sebagai prokomunis.

"Mereka semua memainkan peranan dan baru-baru ini sumbangan mereka disebut.

"Saya percaya sekarang (pihak yang berkenaan) cuba untuk menunjukkan pandangan yang seimbang dan ini dapat dilihat dalam buku teks tersebut,” katanya.

Dia mengatakan bahawa buku sejarah sekolah menengah itu menunjukkan penambahbaikan namun masih boleh dijadikan lebih baik.

[Baca berita penuh]