Skip to main
Logo Malaysiakini

1,828 kes baru, 5 kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,828 kes baru Covid-19 setakat tengah hari ini.

Johor menjadi negeri dengan kes baru tertinggi hari ini, dengan 490 kes.

"Daripada jumlah itu, sebahagian besar iaitu 453 kes (92.3 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor pula mencatatkan 453 kes baru, iaitu angka terendah sejak 27 Disember lalu.

Jumlah kes sembuh juga lebih banyak berbanding kes baru, menjadikan jumlah kes aktif di negara ini kian berkurang.

Maklumat utama:

  • Kes sembuh: 2,486
  • Kes aktif: 25,542
  • Pesakit dalam ICU: 198
  • Pesakit dengan bantuan pernafasan: 90
  • Kematian: 5

Lima kes kematian yang dilaporkan hari ini melibatkan dua pesakit di Sabah, dua di Kuala Lumpur dan seorang di Melaka.

Korban paling muda adalah wanita berusia 32 tahun yang meninggal dunia di Hospital Keningau, dan mengidap penyakit jantung.

Kes-kes lain berusia antara 62 hingga 81 tahun dan kesemuanya mengalami penyakit seperti buah pinggang, jantung dan kencing manis.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Johor (490)
  • Selangor (453)
  • Sarawak (220)
  • Negeri Sembilan (167)
  • Perak (144)
  • Sabah (104)
  • Pulau Pinang (85)
  • Kuala Lumpur (75)
  • Kelantan (36)
  • Kedah (16)
  • Terengganu (15)
  • Pahang (8)
  • Melaka (8)
  • Putrajaya (6)
  • Perlis (1)
  • Labuan (0)

7 kluster baru

Dalam pada itu, KKM memaklumkan tujuh lagi kluster baru dikenal pasti hari ini, dengan lima daripadanya merupakan kluster tempat kerja.

Sementara itu, 10 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber, dan Kluster Bedayan.

Maka, jumlah kluster aktif pada masa ini adalah sebanyak 488 kluster.

Perincian kluster baru adalah seperti berikut:

Kluster Desa Empat

  • Daerah: Kuala Selangor
  • Lokasi / Sumber: pasar raya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, Kuala Selangor
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 24 Feb, saringan bersasar tempat kerja
  • Jumlah kes setakat ini: 18 daripada 28 yang disaring

Kluster Jalan Melati

  • Daerah: Gombak, Selangor
  • Lokasi / Sumber: Premis perniagaan di Jalan Melati di Kuang, Gombak
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 1 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 7 daripada 16 yang disaring

Kluster Jalan Kempas Tiga

  • Daerah: Muar, Johor
  • Lokasi / Sumber: Asrama pekerja di Jalan Kempas 3, Kawasan Perindustrian Bakri, Muar
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 25 Feb, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 344 daripada 592 yang disaring

Kluster Kampung Sungai Burung

  • Daerah: Pontian, Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Kampung Sungai Burung, Pekan Nanas, Pontian
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 1 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 22 daripada 93 yang disaring

Kluster Jalan Wawasan 12

  • Daerah: Batu Pahat, Johor
  • Lokasi / Sumber: Kilang di Jalan Wawasan 12, Batu Pahat
  • Kategori kluster: Tempat kerja
  • Kes pertama: 1 Mac, saringan bersasar pekerja
  • Jumlah kes setakat ini: 7 daripada 118 yang disaring

Kluster Jalan Cempedak

  • Daerah: Kepong, Kuala Lumpur
  • Lokasi / Sumber: Pusa jagaan warga emas di Jalan Cempedak di Sentul, Kepong
  • Kategori kluster: Kumpulan berisiko tinggi
  • Kes pertama: 21 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 10 daripada 30 yang disaring

Kluster Bukit Marak

  • Daerah: Kota Bharu dan Bachok, Kelantan
  • Lokasi / Sumber: Kediaman di Bukit Marak, Kota Bharu
  • Kategori kluster: Komuniti
  • Kes pertama: 18 Feb, saringan individu bergejala
  • Jumlah kes setakat ini: 66 daripada 310 yang disaring


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.