Skip to main
Logo Malaysiakini

PKP di Nabawan dan kawasan Felda di Maran

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan telah mengenakan perintah kawalan pergerakan (MCO) ke atas Nabawan di Sabah dan juga kawasan di Maran, Pahang setelah berlakunya kes Covid-19 di tempat-tempat tersebut.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri mengatakan sehingga 28 Februari, terdapat 177 kes positif yang dicatatkan melibatkan 15 kampung di Nabawan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak yang melibatkan kluster di daerah ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di daerah Nabawan, Sabah bermula 3 Mac sehingga 16 Mac 2021," katanya.

Di semenanjung, KKM mencatatkan 46 kes Covid-19 yang melibatkan kluster di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7, dan Felda Ulu Jempol di Maran, Pahang.

Oleh itu, Ismail mengatakan PKP akan dilaksanakan di kawasan itu dari 2 Mac hingga 15 Mac.