Skip to main
Logo Malaysiakini

MCA kekal dengan BN pada PRU-15, gesa henti percaturan politik

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

MCA menggesa semua pihak untuk menghentikan percaturan politik dan menumpukan pada usaha menangani Covid-19.

Gesaan itu antara resolusi yang diluluskan pada perhimpunan Agung MCA ke-67 hari ini yang hadir di tengah-tengah pergolakan antara Umno dan Bersatu.

"Menyeru semua parti menghentikan segala bentuk percaturan politik, sebaliknya bersama- sama menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap usaha-usaha membendung penularan pandemik Covid-19, membantu rakyat serta memulihkan ekonomi negara," kata resolusi itu.

MCA bagaimanapun tidak menyentuh secara langsung pergolakan sekutunya, Umno yang memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

MCA dan MIC masih belum menyatakan pendirian jelas tentang keputusan Umno untuk tidak bersama PN pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Presiden MCA Wee Ka Siong hari ini berjanjibahawa MCA akan tetap bersama BN dalam PRU ke-15.

Pada masa sama, Wee berkata MCA akan bersama pihak lain untuk memperkuat semangat kepelbagaian dan kesederhanaan sekiranya perlu.

Resolusi MCA juga meminta agar parti itu bersiap menghadapi PRU umum berikutnya di bawah jentera dan strategi bersepadu BN.

"Tetap berpegang kepada visi politik parti, dalam mempromosikan semangat kepelbagaian dan

kesederhanaan, serta berkhidmat kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum," kata resolusi itu lagi.

MCA juga menyokong langkah kerajaan untuk mengatasi pandemik.

"Menyokong kerajaan menyediakan vaksinasi Covid-19 secara percuma, mengutamakan petugas-petugas barisan hadapan negara, golongan berisiko tinggi dan rentan; serta mencadangkan penjadualan vaksinasi sejurus pembukaan sektor ekonomi," katanya.