Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelik, 18 tahun boleh tanding tapi tak boleh undi - Shazni

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan Perikatan Nasional didesak untuk menguatkuasakan pindaan perlembagaan yang akan membolehkan mereka yang berusia 18 tahun mengundi pada pilihan raya umum ke-15 yang akan datang.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, adalah sesuatu yang pelik sekiranya mereka yang berusia 18 tahun boleh bertanding sebagai calon, tetapi tidak dibenarkan untuk mengundi.

“Tentang soal undi umur 18 tahun tidak lagi (dikuatkuasa). Tetapi yang pelik (mereka) boleh jadi calon umur 18 telah dikuatkuasakan.

“Ini pelik dan luar biasa, dan tidak sepatutnya berlaku,” kata Shazni kepada Malaysiakini ketika diwawancara Selasa lalu.

Pada tahun 2019, Dewan Rakyat sebulat suara menyokong pindaan untuk menurunkan usia layak mengundi dan usia menjadi calonan pilihan raya kepada 18 tahun. Sebelum pindaan itu dibuat, umur minimum untuk pengundi di negara ini ialah 21 tahun.

Pindaan itu juga memungkinkan untuk pendaftaran pilihan raya secara automatik.

Pindaan tersebut kemudiannya diwartakan pada 10 September.

Pada 3 Non lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan berkata pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Mengulas lanjut, Shazni, bagaimanapun, berkata, kerajaan tidak mempunyai sebarang justifikasi untuk melambat-lambatkan pelaksanaan pindaan itu. Justeru, tekanan harus dibereikan.

“Saya tak tahu la apa justifikasi kerajaan untuk melambat-lambatkan (pelaksanaan pindaan itu).

“Mungkin nak beli masa, atau mereka tak yakin umur 18 ini akan sokong mereka tapi pada saya kita tidak boleh selfish (mementingkan diri sendiri).

“Kalau kita ada niat, bila kita telah setuju dan undi di Dewan Rakyat, kita perlu serius walaupun siapa naik jadi kerajaan,” katanya.