Hampir 250,000 individu terima dos pertama vaksin setakat 11 Mac
Seramai 249,909 individu telah menerima dos pertama vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 29,208 individu diikuti Sarawak (28,212), Kuala Lumpur (25,190) dan Sabah (20,411).
“Sementara itu di Perak, seramai 21,160 individu, Johor (19,559), Pahang (19,314), Kedah (15,834), Kelantan (15,339), Terengganu (13,070), Pulau Pinang (12,608) dan Negeri Sembilan (10,801).
“Di Melaka pula seramai 7,126 individu, Perlis (6,006), Putrajaya (3,733) dan Labuan (2,338),” katanya menerusi infografik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai