Skip to main
Logo Malaysiakini

1,470 jangkitan baru, tiga lagi kematian

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Jangkitan baru Covid-19 sebanyak 1,470 kes setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 322,409 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, tiga lagi kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban seramai 1,206 orang.

"Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Terengganu. 

"Ketiga-tiga kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka," katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata seramai 162 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 70 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, katanya 1,830 kes sembuh direkod dengan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 304,492.

Menurutnya, kini terdapat 16,711 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Selangor terus mendahului kes harian tertinggi dengan 551 jangkitan baru.

Sementara itu, kes baru di Perlis terus mencatatkan lebih 20 jangkitan, dua hari berturut-turut daripada kluster sedia ada.

Perlis hari ini merekodkan 29 kes baru berbanding semalam 25 kes, manakala Sarawak hari ini mencatat 222 jangkitan baru berbanding semalam, sebanyak 173 kes.

Terdahulu hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Katanya lagi, Kuala Lumpur mencatat 158 kes; Johor (101); Perak (72); Sabah (71); Kelantan (40); Perlis (29); Terengganu (14); Kedah (13); Pahang (lapan); Negeri Sembilan (enam); Putrajaya (empat); Melaka (dua) dan Labuan satu kes.

Menurut Dr Noor Hisham, dua lagi kluster baru melibatkan tempat kerja dikesan hari ini, Kluster Jalan Mega Cemerlang di Johor dan Kluster Jalan Pria di Kuala Lumpur.

“Pertambahan dua kluster baru itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan di negara ini ialah 1,234 manakala 426 kluster masih aktif,” jelasnya.

Sebanyak 16 kluster, kata Noor Hisham diisytihar berakhir dengan jumlah keseluruhan kluster tamat sebanyak 808.

Perincian 1,470 kes positif Covid-19 baru:

Selangor: 551 kes

  • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
  • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sarawak: 222 kes

  • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 178 kes

  • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 80 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes

  • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Pria;
  • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
  • 23 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Johor: 101 kes

  • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Mega Cemerlang;
  • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 72 kes

  • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 71 kes

  • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • 10 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: 40 kes

  • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
  • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perlis: 29 kes daripada kluster sedia ada.

Terengganu: 14 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 13 kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
  • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pahang: Lapan (8) kes

  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
  • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Negeri Sembilan: Enam (6) kes

  • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
  • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes

  • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
  • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Melaka: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes import dari luar negara.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.