Skip to main
Logo Malaysiakini

Denda RM10,000: K’jaan PN langsung tak peduli kesusahan rakyat, kata Lim

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Keenganan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menangguhkan denda RM10,000 bagi pelanggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga masalah pelaksanaannya diselesaikan menunjukkan bahawa kerajaan langsung tidak peduli mengenai kesusahan rakyat, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

“Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan hari ini telah jauh tersasar daripada prinsip menjadi kerajaan yang berteraskan rakyat.

“Kerajaan langsung tidak peduli mengenai kesusahan yang dihadapi oleh rakyat dengan memaksa rakyat untuk melalui pelbagai masalah untuk ke pejabat kesihatan daerah untuk merayu supaya denda kompaun sebanyak RM10,000 ini dapat dikurangkan.

“Ini terutamanya apabila tidak ada sebarang garis panduan sekalipun untuk proses rayuan ini,” kata Lim yang juga adalah ahli parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata denda RM10,000 itu sebenaranya ditujukan kepada pesalah berulang yang degil dan pihak polis tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan jumlah denda itu kerana mereka hanya diberikan tugas untuk menawarkan kompaun kepada pesalah.

Di bawah Ordinan Darurat, denda RM1,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM10,000 berkuatkuasa 11 Mac.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan membatalkan denda RM10,000 bagi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) tetapi jumlah itu boleh dikurangkan menerusi rayuan.

Mengulas lanjut, Lim berkata dia terkejut dengan pendirian Ismail Sabri. Semalam, Lim mencadangkan penangguhan terhadap denda berkenaan.

“Kita hanya akan tahu mengenai perkara ini selepas mesyuarat kabinet hari ini, sama ada seorang daripada sejumlah ramai dalam kabinet ini yang akan cuba untuk mewakili suara rakyat yang tersepit dan sama ada menteri tersebut bersedia untuk meletakkan jawatannya sebagai tanda bantahan terhadap ordinan darurat yang zalim dan tidak berpatutan ini,” katanya.

“Peningkatan denda bukan diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi sebaliknya diperkenalkan melalui kuasa darurat.

Muhyiddin juga telah menggunakan kuasa perintah darurat, yang berkuatkuasa pada 11 Januari, untuk memberikannya kuasa bagi membanteras terhadap apa yang didakwa sebagai "berita palsu"

[Baca berita penuh]