Skip to main
Logo Malaysiakini

Ketua Wanita Umno bahagian Rasah meninggal dunia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Ketua Wanita Umno Bahagian Rasah, Hapsah Hamid, 75, meninggal dunia di kediaman anaknya di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, dekat Seremban, pada jam 5 pagi tadi, selepas menghidap penyakit ketumbuhan otak sejak tiga tahun lepas.

Cucunya Faiqah Khairul Azam, 25, berkata Allahyarham mengalami demam sejak dua hari lepas dan baru sahaja menjalani pembedahan kira-kira tiga minggu lalu di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor.

“Nenek demam sudah dua hari...sudah tiga kali menjalani pembedahan namun masih ada tumor,” katannya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Taman Bukit Kepayang di Seremban sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Said Seremban selepas zohor.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak iaitu tiga orang perempuan dan dua lelaki.

Hapsah merupakan pejuang Umno yang memegang jawatan ketua Wanita Umno Bahagian Rasah sejak lima penggal.

- Bernama