Timbalan pengarah JPJ Perlis direman SPRM
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.
Perintah reman tersebut dikeluarkan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini. Majistret Kamaliza Md Zain membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis.
Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang semalam.
Suspek merupakan individu kelima didakwa terbabit menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada 2018 dan 2019 di Perlis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai