Skip to main
Logo Malaysiakini

Masuk Sarawak tak perlu lagi ujian tiga hari sebelum berlepas

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Individu yang mahu memasuki Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak lagi perlu melakukan ujian saringan Covid-19 tiga hari sebelum perjalanan ke negeri ini, berkuat kuasa Isnin ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu dibuat setelah menilai situasi semasa Covid-19 di Semenanjung, Sabah dan Labuan yang kini dilihat terkawal.

“Bagaimanapun individu berkenaan masih perlu mengisi maklumat melalui ‘EnterSarawak’ secara dalam talian (https://entersarawak.socoe.co/register) dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan. Arahan kuarantin selama 14 hari di Sarawak masih lagi berkuat kuasa,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Mengenai situasi Covid-19 di Sarawak, Uggah berkata terdapat 154 kes jangkitan baharu yang dilaporkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kini 13,974 kes.

Bernama